KBS Cari 500 Sukarelawan F1 Bahrain Di Sepang, Ini Cara Mohon & Syarat-Syaratnya

Semoga berjaya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via AFP/The Borneo Post & JBSNegara

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

500 sukarelawan diperlukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026

Menurut Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), KBS membuka peluang kepada 500 orang sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

Perlumbaan tersebut akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 ini.

JBSN memaklumkan sukarelawan yang terpilih akan bertugas di bawah seliaan JBSN melalui inisiatif Rakan Muda dan ditempatkan menerusi empat (4) skop utama.

Ia merangkumi perkhidmatan pelanggan, tiket dan kemasukan, perhubungan atau penyambut tetamu dan pengurusan kawasan MADANI.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Macam mana nak mohon?

Permohonan telah dibuka mulai 2 September 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Sistem MyProfil di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menerusi pautan https://myprofil.iyres.gov.my

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit
  • Berdisiplin, berintegriti, boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (kebolehan berbahasa asing adalah satu kelebihan).

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran sukarelawan-boleh diajukan kepada JBSN melalui talian 03-8871 3324 atau e-mel [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: