Selepas 9 Tahun Tidak Mendarat, Penyu Belimbing Kembali Bertelur Di Terengganu
Kembalinya 'Raja Penyu' ke Terengganu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyu Belimbing (Leatherback Turtle) adalah antara spesies gergasi di laut yang diancam kepupusan
Dilaporkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengatakan setelah sembilan tahun penyu tersebut telah kembali bertelur di pantai Terengganu. Penyu ini kali terakhir direkodkan di Terengganu pada tahun 2017.

Penemuan "Raja Penyu" di Pantai Marang disahkan setelah menganalisa jejak merangkak saiz besar di atas pasir dengan kelebaran 2.1 meter serta penemuan sarang telur penyu bersaiz 52mm diameter di lokasi tersebut.
Sebanyak 44 biji telur telah selamat dialihkan ke tempat penetasan Rantau Abang dan dijangka akan menetas dalam tempoh 7 hingga 9 minggu lagi.

Kemunculan Penyu Belimbing sangat bermakna buat fauna Malaysia
Kemunculan penyu belimbing di Malaysia adalah sangat bermakna kerana ia merupakan spesies penyu terbesar di dunia yang sudah bertahun-tahun tidak menampakkan diri di pantai Malaysia.

Penemuan ini juga membuktikan pantai Terengganu kekal sebagai habitat selamat dan destinasi pendaratan pilihan gergasi ini.

Kedatangan penyu ini juga adalah peringatan buat semua untuk sentiasa menjaga kebersihan pantai dan laut demi kelangsungan spesies warisan negara yang amat bernilai.
Antara ciri-ciri menarik penyu belimbing ini adalah boleh menyelam sehingga kedalaman 1,200 meter, tidak mempunyai cangkerang seperti penyu lain, hanya makan obor-obor dan telah wujud sejak 150 juta tahun yang lalu.
Semua orang kini berharap agar kesemua telur ini dapat menetas dengan selamat dan kembali berenang ke laut yang luas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via