seismik

Kerajaan Tanggung 'Down Payment' Sehingga RM30k Untuk Rumah Pertama Anda Di Bawah Skim Ini

Permohonan dibuka sehingga 15 Februari 2018.

Cover image via eyeintheskygroup.com

Rakyat Malaysia yang sedang merancang untuk membeli rumah pertama perlu mengambil sepenuh manfaat daripada skim MyDeposit2018

Image via mysumber.com

Permohonan untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit 2018 telah dibuka sejak 15 Disember 2017.

Melalui MyDeposit, pembeli rumah pertama boleh mendapat sumbangan satu kali sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah). Jumlah ini tidak perlu dibayar balik kerana sumbangan adalah daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique mendedahkan bahawa sejumlah 1,469 permohonan telah pun diluluskan dengan bayaran lebih daripada RM39 juta di bawah skim ini.

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi bagi memohon skim MyDeposit:

Image via www.kpkt.gov.my

Untuk makluman, hartanah yang dibeli mestilah dari projek perumahan baru berlesen dari pemaju perumahan berlesen. Projek perumahan oleh kerajaan persekutuan dan negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, dan MyHome tidak boleh dibeli melalui skim ini.

Telah ditetapkan bahawa hartanah yang dibeli melalui skim MyDeposit tidak boleh dijual selama 10 tahun, berkuat kuasa dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

Bagi yang berminat untuk memohon skim MyDeposit, anda boleh menghantar permohonan secara online

Image via www.kpkt.gov.my

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di laman web SPRN.

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

Image via imgur.com

Selebihnya boleh dapatkan di sini.

Proses permohonan akan selesai dalam tempoh dua bulan selepas tarikh tutup. Untuk maklumat lanjut mengenai skim MyDeposit, layari laman web Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Permohonan dibuka sehingga 15 Februari 2018. Cepat sebelum terlambat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siapa yang nak beli rumah low cost, boleh baca DI SINI:

Pernah terfikir untuk memiliki 6 buah rumah? Begini caranya:

You may be interested in: