10 Tips Mudah Cara Penjawat Awam Dapat Beli Sampai 6 Buah Rumah
Serius boleh!
Cover image via SAYSBila baca headline, kedengaran seperti mustahil bukan? Jom, kita baca perkongsian dari saudara Harith Faisal ini:
Image via faridahmohdali.blogspot.com
Okay! Macam mana nak beli 6 rumah?
*1. Setiap orang layak untuk dapat Margin of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah kedua daripada bank. Bermaksud bank berikan pembiayaan sebanyak 90% daripada harga rumah. Baki lagi 10%, perlu disediakan oleh pembeli sendiri.
2. Tapi, bergantung kat kekuatan kewangan dan skor kredit kaulah. Kalau banyak sangat yang tak okay, mungkin kau dapat 80% je. Bank pun tak berani nak bagi banyak kat kau. Antara sebab tak dapat MOF tinggi:
1. Komitmen tinggi
2. Gaji kecil
3. Simpanan takda
4. CCRIS tak elok
5. CTOS ada rekod buruk
6. Takda rekod CCRIS
7. Penggunaan kad kredit tinggi
8. Rumah master title
3. Tapi, kan. Kalau dah teruk sangat, bukan setakat kau tak dapat MOF tinggi, malah permohonan kau terus masuk bakul sampah. Maksudnya, kalau banker proses pun, memang takkan lulus tak kiralah kau penjawat awam ataupun pekerja swasta.
4. Katakan kau suami isteri adalah pekerja swasta. Kau boleh beli rumah pertama dan kedua dengan mudah sebab dapat MOF yang tinggi iaitu sampai 90%-100% macam yang saya sebut kat perenggan sebelum ni.*
Image via download-wallpaper.net
Image via mudah.my

