‘Kambing Habis Mati’ – Lelaki Ini Cerita Pengalaman Disihir Teruk Sampai Bisnes Lingkup
Gerun, jijik dan menyedihkan.
Cover image via SAYSSudah menjadi adat berniaga ada naik ada turunnya. Tapi cuba anda bayangkan sekiranya setiap hari akan ada malapetaka yang terjadi kepada anda. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena.
Setelah membaca satu post seorang pengguna Facebook bernama [Ariffin Sabirin](https://www.facebook.com/groups/segamatjohormsia/permalink/1251595594957621/?match=c2VnYW1hdCxzaWhpcg%3D%3D) ini, dapat kami tafsirkan bahawa masyarakat kita masih lagi percaya kepada benda-benda tahyul dan bersifat iri hati sehingga sanggup melakukan perkara-perkara syirik.
Sepertimana yang diceritakan lelaki ini, dia akhirnya patah hati dan berputus asa setelah perniagaannya seringkali disihir yang mana menyebabkan kerugian yang besar kepadanya
Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi beliau, kami berasa kasihan, geli dan jijik sekali. Habis kesemua kambing belaannya mati dibunuh sehingga ada yang matanya seolah-olah dikorek dan mulutnya dirobek. Sungguh sadis dan menggerunkan.
Image via Ariffin Sabirin/Facebook
Image via Ariffin Sabirin/Facebook
Image via Ariffin Sabirin/Facebook
Image via Ariffin Sabirin/Facebook

