seismik

[VIDEO] Anak Menangis Kesakitan Bapa Spray Sterimar 70 Kali Dalam Hidung. Bahaya Betul!

Tak sampai hati kami tengok dia.

Cover image via SAYS via Auni Ameera

Viral baru-baru ini di Facebook mengenai video penggunaan satu produk ‘Spray Sterimar’ bagi meredakan hidung anak yang tersumbat disebabkan selsema

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menangis teresak-esak dan kelihatan dalam kesakitan apabila hidungnya disembur dengan satu produk berjenama ‘Sterimar’ sebanyak 70 kali.

Pada post terbabit, si bapa kononnya ingin berkongsi kepada orang ramai tentang cara berkesan untuk menyembuhkan selesema si anak.

Namun, malangnya perbuatannya itu dikecam orang ramai kerana cara beliau melakukan perkara tersebut salah walaupun menurutnya itu adalah cara sebagaimana yang diajar oleh jururawat di sebuah hospital swasta.

Saksikan video tersebut di bawah:

70 kali pump kedalam hidung termasuk dengan video ke-2

Posted by Auni Ameera on Wednesday, 19 July 2017

Ramai yang menyatakan perasaan sedih dan marah tatkala menonton kanak-kanak yang terseksa di dalam video tersebut.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Auni Ameera yang terkesan dengan video tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi pencerahan tentang isu terbabit. Beliau 100% tidak bersetuju dengan cara yang digunakan bapa kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, teknik yang dilakukan lelaki tersebut adalah salah dan berbahaya. Auni turut berkongsi video dari hospital swasta terbabit dan baginya teknik yang dilakukan jururawat nampak lebih sopan dan terlatih.

"Dalam video menunjukan yang baby menangis kuat, muka sembab, tersedak and suffocated macam tercekik. Apa akan jadi kalau air garam tu masuk kedalam paru² anak? Sebab mereka bukan ada kepakaran spray pun takde interval non-stop sampai budak jadi dalam video," tulisnya.

Namun, feedback dari pembekal Sterimar itu sendiri mengatakan bahawa teknik yang digunakan oleh jururawat terbabit juga adalah salah.

Auni telah menghubungi pihak Sterimar dan menghantar dua video tersebut. Komen dari pihak Sterimar juga mengatakan cara yang digunakan di dalam kedua-dua video tersebut adalah salah.

Pihak Sterimar mencadangkan sesiapa saja yang ingin menggunakan produk mereka haruslah mematuhi arahan yang diberikan.

Tonton video di bawah:

Official instruction dari Sterimar. (follow this one)

Posted by Auni Ameera on Wednesday, 19 July 2017

Isu video tersebut telah mendapat perhatian pelbagai pihak. Ramai yang menyatakan perasaan sedih dan marah tatkala menonton kanak-kanak yang terdapat di dalam video tersebut.

Salah satu page di Facebook, PW Community yang sering membincangkan isu sains dan teknologi turut memberi pendapat mereka berkaitan isu ini.

Mengakhiri post tersebut, Auni menyarankan agar orang ramai tidak meniru aksi video terbabit dan mematuhi arahan penggunaan Sterimar dengan betul

"Jangan tiru aksi tersebut and sila ikut instruction dengan betul. 1 kali sembur sahaja bukan 70 kali non-stop macam video di bawah. Kalau nurse atau doctor buat then itu kepakaran dia atas latihan dan pengalaman," tulisnya.

Sehingga kini post berkenaan menerima lebih 4 ribu shares di laman Facebook. Baca penerangan penuh beliau di SINI.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: