seismik

Khairy Jamaluddin Bakal Menentang Prince Abdul Mateen Hari Ini. Anda Sudah Bersedia?

Siapakah bakal bergelar juara?

Cover image via SAYS

Penantian orang ramai untuk menonton perlawanan antara Khairy Jamaluddin vs Putera Abdul Mateen dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 akan berakhir hari ini

Menerusi laporan Bernama, pasukan Malaysia bakal berdepan dengan kerabat diraja Brunei di Taman Ekuestrian, Putrajaya jam 4 petang hari ini.

Berdasarkan senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain merupakan kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36 dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.

Image via SAYS

Putera Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Prince Mateen adalah barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei sangat dikenali ramai sebagai seorang yang aktif bersukan

Manakala kekandanya, Azemah Ni’matul adalah antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017.

Putera Abdul Mateen.

Image via Instagram @tmski

Bagi pasukan Malaysia pula, kehadiran YB Khairy Jamaluddin dilihat sebagai pesaing hebat Putera Mateen yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu

Khairy akan bermain bersama enam lagi pemain utama polo Malaysia.

Pasukan Polo Malaysia:
1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar

Pasukan Polo Brunei:
1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin

Image via Berita Daily

Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu.

Padanya, menteri berkenaan adalah seorang pemain polo yang berpengalaman dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu.

Sementara itu, kebanyakkan netizen berasa sangat tidak sabar-sabar untuk menonton perlawanan dua jejaka hot stuff ini

Jadi, anda rasa siapakah yang bakal menang? Prince Mateen atau Abah KJ?

Jangan lupa saksikannya petang ini di Taman Ekuestrian, Putrajaya jam 4 petang. Kemasukan adalah percuma!

Layari www.kualalumpur2017.com.my untuk maklumat lanjut.

#BangkitBersama

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: