Khas Untuk 'Sambal Lovers', Ini 8 Gerai Makan Dengan Sambal Padu Yang Korang Wajib Cuba!

Serius meletup!

  • Selalunya orang yang suka makan pedas memang susah nak puas walaupun makanan dah cukup pedas. Kalau ikutkan orang lain, dah cukup pedas sampai terbakar lidah.

  • Bukan Malaysians lah kalau tak makan makanan pedas kan?

    • Buat penggemar makanan pedas, ini adalah berita baik untuk anda kerana hari ini kami akan kongsikan 8 gerai dan restoran yang hidangkan sambal terbaik di sekitar Lembah Klang. Kalau nak tahu padu ke tak sambal mereka, kenalah cuba dulu!

      says.com

  • 1. Restoran Ayam Kampung Haji Hassan, Shah Alam

    • Restoran Haji Hassan Ayam Kampung adalah restoran yang menyajikan makanan ala kampung masakan Kelantan. Restoran ini menyajikan pelbagai lauk-pauk tradisional Melayu Kelantan dan yang paling terkenal tentunya resipi ayam kampung mereka. Selain Shah Alam, restoran ini mempunyai cawangan lain di sekitar Lembah Klang iaitu di Kg Baru, Bangi, dan Cheras.

      Alamat: Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.

      Sila layari laman Facebook mereka untuk sebarang maklumat.

      says.com

  • 2. Restoran Sambal Hijau, Sungai Penchala

    • Restoran Sambal Hijau ini terletak di sebelah masjid kuning di Kampung Sungai Penchala. Menariknya tentang restoran ini ialah mereka memilih salah satu daripada nama hidangan popular mereka sebagai nama kedai iaitu sambal hijau. Sambal hijau disini memang betul-betul pedas, sekali makan memang rasa macam nak meletup. Kepedasan sambal hijau itu yang membuatkan ramai pelanggan datang, memang trademark kedai mereka lah!

      Alamat: Restoran Sambal Hijau, Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara,
      60000 Kuala Lumpur.

      Sila layari laman Facebook untuk maklumat lanjut.

      says.com

  • 3. Restoran Ayam Penyet Ria, Sunway Pyramid

    • Antara salah satu restoran ayam penyet yang menghidangkan sambal yang cukup power! Restoran ini terletak di dalam kompleks membeli-belah Sunway Pyramid. Sebenarnya, restoran ini mempunyai banyak lagi cawangan lain tetapi ramai orang cakap sambal di cawangan ini yang paling best sekali jika dibandingkan dengan cawangan lain.

      Alamat: LG2.85, Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

      Sila layari laman Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

      says.com

  • 4. Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

    • Warung nasi lemak ini tak lah nampak begitu menarik dari luar tapi itu bukanlah apa yang pelanggan cari. Yang penting adalah sambal nasi lemak ini! Buat penggemar sambal, di Gerai Wak Manjor ini terdapat pelbagai jenis sambal seperti ikan bilis, kerang, paru, hati, udang dan juga sotong. Bukan itu saja, rendang ayam dan juga daging turut disediakan di gerai ini. Kalau anda teringin nak makan nasi lemak dengan sambal yang power boleh lah datang ke sini!

      Alamat: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

      Anda juga boleh hubungi mereka di nombor talian ini: 012-395 3884

      says.com

  • 5. Mimpi Muor, Mutiara Damansara

    • Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan Melayu asli dari Johor Bahru yang pasti memuaskan selera anda. Hidangan istimewa yang ada di sini ialah asam pedas yang terdiri daripada ikan pari, jenahak dan juga ikan merah. Namun, apa yang menarik perhatian buat penggemar sambal ialah sambal terung mereka. Rasanya cukup pedas dan kelembutan terung itu pasti buat anda nak tambah lagi nasi.

      Alamat: 26-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

      Sila layari laman Facebook mereka untuk maklumat lanjut

      says.com

  • 6. Nasi Lemak Warisan Opah, Subang Jaya

    • Jika anda teringin makan nasi lemak, pasti anda akan teringat Warisan Opah. Merupakan salah satu nasi lemak popular dalam kalangan warga Kuala Lumpur. Sambal ikan bilis mereka yang dihidangkan bersama nasi dan juga rendang ini pasti akan buatkan anda terliur.

      Alamat: 7, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor.

      Sila layari laman Facebook untuk maklumat lanjut.

      says.com

  • 7. Restoran Raso Omak Den, Melawati

    • Kalau anda penggemar makanan pedas, tempat ini pasti akan menjadi pilihan utama anda. Restoran Raso Omak Den ini menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk masakan orang Negeri Sembilan. Bak kata orang Melayu, kalau nak cuba masakan "nogori" boleh lah datang ke sini! Yang popularnya hidangan di sini bukanlah sambal belacan mereka, tapi sambal yang dituangkan di atas ikan bakar mereka. Pedasnya memang tak boleh tahan, sedap betul!

      Alamat: 318, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100, Kuala Lumpur.

      Sila layari laman Facebook untuk maklumat lanjut.

      says.com

  • 8. Warung Pojok, Sunway Mentari

    • Ini pula khas untuk penggemar makanan Indonesia. Gerai Warung Pojok ini menghidangkan pelbagai jenis makanan Indonesia seperti bakso sup, bakso mee, ayam penyet, pecel lele dan juga sate. Tapi yang paling bestnya dekat sini ialah sambal mereka! Memang power, satu gelas extrajoss pun tak boleh nak hilangkan rasa pedih dekat mulut.

      Alamat: Jalan PJS 8/12a, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

      says.com

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Kalau anda teringin nak makan ikan bakar, ini pula senarai tempat makan yang memang power!

Leave a comment