[KRONOLOGI] Farid Kamil Positif Dadah, Alami Depresi, Rindu Anak, Dan Direman Hingga Isnin

Pelakon terkenal Farid Kamil didapati positif dadah jenis ganja.

  • Baru-baru ini telah digemparkan dengan berita seorang pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37 tahun ditangkap polis kerana telah menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam

    • Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Online, kejadian telah berlaku kira-kira jam 1.20 tengahari semalam di sebuah balai polis di Balai Trafik Kota Damansara.

      Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya. Namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek telah menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp '300 artis hutang ah long.'

      Suspek kemudian terus menampar anggota polis dan menendang dua orang awam yang berada di lokasi kejadian tanpa sebarang provokasi.

  • Pihak polis mengesahkan bahawa Farid Kamil berada di bawah pengaruh dadah jenis ganja dan telah mendapat perintah tahanan reman

    • Pelakon ini dikatakan telah menerima hukuman reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut.

      Siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 90A Akta Polis.

  • Isteri pelakon itu, Datin Diana Danielle serta ibunya telah meminta untuk diberikan privasi mengenai isu ini kerana menurut ibu mertuanya, mereka tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga diumumkan

    • Menurut sumber, Diana juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah ketika hukuman reman dijatuhkan ke atas suaminya.

      Diana juga dikatakan telah menutup ruangan komen di laman Instagram beliau kerana telah diserang bertubi-tubi oleh netizen yang berang dengan isu ini.

      Harapan mereka adalah untuk orang awam tidak melakukan sebarang spekulasi mengenai hal yang masih belum diketahui pokok pangkalnya.

  • “Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” kata adik Farid Kamil, Fadzil Bahari Zahari, 34 ketika ditemui

    • Keluarga pelakon itu juga tidak menolak kemungkinan mungkin dia telah terlibat dalam pengambilan dadah jenis ganja lantaran tekanan perasaan yang dialami kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad, 5 tahun dan Aurora 3 tahun.

      Adik pelakon itu yang dikenali sebagai Fadzil Bahri Zahari, 34 tahun telah berkata abangnya sebelum ini tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Ini adalah kali pertama.

    • Menurutnya lagi, dia ada bertemu dengan abangnya 3 hari sebelum beliau ditahan dan Farid juga telah berkata dia terlalu merindui kedua-dua anaknya. Farid juga kelihatan murung namun tiada siapa sangka beliau akan bertindak sedemikian.

  • Pelbagai jenis respon yang diterima oleh Farid Kamil mengenai isu ini. Termasuklah diserang netizen dengan komen-komen yang begitu negatif sehingga membuatkan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad bengang.

    • Pelbagai spekulasi yang keluar daripada pihak netizen. Ada yang mengkritik pelakon itu tentang tindakan beliau, ada juga yang menyokong mungkin pelakon itu ada masalah peribadi yang tidak dapat dikenal pasti.

      Di laman Twitter, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan kepada individu yang telah menyebarkan gambar Farid Kamil. 

    • Ramai juga netizen yang menyokong kenyataan Sharnaaz di Twitter. Namun, hal seperti ini memerlukan penjelasan yang jelas oleh kedua-dua belah pihak Farid Kamil dan juga isterinya, Diana Danielle.

  • Masih belum selesai tentang masalah positif dadah, timbul pula satu lagi kontroversi mengenai video Farid Kamil dalam aplikasi Bigo Live

    • Belum reda lagi tentang isu Farid Kamil positif dadah, datang pula satu lagi isu tentang Farid Kamil bersama rakan artis iaitu Sofi Jikan yang dilihat sedang melayan peminat menerusi video yang berdurasi 06:29 itu dalam
      aplikasi Bigo Live.

      Dalam sesi live itu difahamkan mereka sedang berkongsi tentang filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

      Tiada unsur politik dibincangkan dalam sesi live tersebut.

  • Sofi Jikan berkata bahawa Farid bertindak sedemikian rupa kerana dia berada dalam depresi dan tidak dapat mengawal tindakan

    • Sofi Jikan telah mengatakan, "Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi."

      Sofi juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Farid berhasrat untuk membantu dan memperjuangkan nasib artis-artis Malaysia yang berhadapan dengan masalah hutang Ah Long.

      "Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long", kata Sofi lagi.

  • "Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu," kata Diana Danielle

    • Menerusi temubual eksklusif bersama New Straits Times (NST), Diana juga telah memberitahu dia tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan arahan melarang Farid untuk mendekati anak-anak mereka. Malah, rumah ibunya hanya setingkat bawah rumah mereka. Perkara itu memudahkan lagi Farid untuk datang.

      "Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu", ujar Diana lagi.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Yang ini pun panas juga!

Most-read stories today

Leave a comment