seismik

'Hang Ingat Sweet Buat Gitu-Gitu? Kepala Hotak Hang! Cinta Yang Haram Itu Tetap Haram'

Sweet ke tidak?

Cover image via Tengku Azri/Facebook

"Dulu kita boleh makan sama-sama, sekarang I nak kita makan spegetti sama-sama"

Itulah ungkapan yang menjadi ingatan setiap individu setelah menonton video suprise birthday party yang dibuat oleh seorang lelaki bernama Hafiz Mahamad terhadap teman wanitanya, Syafiqah Aina yang viral sejak semalam

Video yang berdurasi 4 minit itu telah dikongsi oleh Tengku Azri di laman Facebook dan sehingga kini ia telah mendapat lebih 431 ribu views dan lebih 10 ribu share.

Point utama video ni jadi viral adalah kerana Hafiz menyewa limosin mewah untuk kekasih hatinya bersempena dengan hari istimewa gadis tersebut. Bertuah betul kan?

Video tersebut juga telah dikongsi oleh Hafiz Mahamad di akaun Instagram miliknya. Malah video tersebut mempunyai 5 part. Yelah, Instagram mana boleh post 4 minit sekaligus.

Kemudian, ramai gadis-gadis di luar sana yang tag teman lelaki mereka di post berkenaan dengan menyatakan hasrat mahu menerima suprise yang juga sebegitu rupa.

Paling tak tahan suruh tiru senyum dan gaya rambut. Aduhh macam-macam betul...

Bagaimanapun, hari ini seorang pemuda bernama Syahr Musafir telah tampil memberi pandangan terhadap video viral tersebut di laman Facebook dengan perasaan yang agak marah dan kecewa

RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?

Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video Hafiz Mahamad meraikan hari lahir kekasih hatinya, Syafiqah Aina dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.

Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.

Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram. Hukumnya berdosa.

Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.

facebook.com

Menurutnya, maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dan penuh dengan maksiat

Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.

Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.

Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?

Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.

facebook.com

Beliau meminta agar pasangan kekasih itu menarik semula video tersebut dan bernikahlah sesegera mungkin

Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?

Saya nasihatkan Hafiz dan Syafiqah, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?

Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.
Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!

Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!

p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni. Tolong share biar sampai Hafiz dan Syafiqah baca dan ambil iktibar. Terima kasih.

facebook.com

Setelah video itu viral, tiba-tiba viral pula kisah pasangan muda yang telah terlebih dahulu meraikan birthday party sedemikian rupa. Nampaknya, Hafiz bukanlah orang pertama yang buat macam ni ya tak?

Image via Aiess's/Twitter

Entah-entah Hafiz mendapat isnpirasi dari pasangan ini agaknya. Boleh jadi jugak kan?

Apa-apa pun kami doakan semoga pasangan ini kekal ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga ke akhir hayat!

Video penuh:

The Precious Moment of Aina's Birthday

" DULU KITA BOLEH MAKAN MEE GORENG SAMA-SAMA, SEKARANG I NAK KITA MAKAN SPEGETTI SAMA-SAMA"

Ini la ungkapan seorang lelaki bernama Hafiz untuk si cinta nya Syafiqah Aina. Selama 4 tahun mereka bersama mengharungi rintangan & halangan demi percintaan mereka berdua. Cinta tak mengenal rupa, harta dan pangkat tapi cinta datang dari hati masing2. Pada tanggal 18hb June 2016, hafiz memberi big suprise untuk kekasih hati nya sempena hari lahir Aina yg ke 22.

Saksikan sweet moment antara mereka berdua sempena hari jadi Aina.

Happy Birthday Aina!!

Video by D'Loven Group. Credit to our crew especially Emir Rafaie & Badrul Ompelb

Posted by Tengku Azri on Sunday, 19 June 2016

Anda rasa?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bila cakap pasal birthday party ni teringat pula dekat Neelofa:

You may be interested in: