Kek Hari Jadi Neelofa Bernilai RM6 Ribu, Siap Bertatahkan Kristal Swarovski!

Untungnya jadi Neelofa ni (^.^)

Buat pengetahuan semua, pada 10 Februari lalu, pelakon cantik Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27

Sambutan majlis hari jadi tersebut diadakan di sebuah hotel mewah terkemuka di ibu kota iaitu JW Marriot Kuala Lumpur. Sambutan hari jadi tersebut sangat meriah diraikan bersama keluarga dan teman-teman rapatnya.

Sudah menjadi lumrah buat selebriti Malaysia menyambut hari jadi di hotel-hotel mewah. Tetapi apa yang membuatkan kami terkejut, kek hari jadinya sahaja bernilai RM6 ribu. Wow!

Pasti anda juga turut tergamam apabila mendapat tahu harga sebiji kek ini bukan? Sebenarnya, kek ini bertatahkan 5 ribu kristal swarovski yang ditempah khas dari @butterflykek. Jadi, tidak hairanlah jika harganya sangat tinggi berbanding kek hari jadi yang lain.

OK, kita bagi zoom sikit!

Kek bertatahkan 5 ribu kristal swarovski.

Image via Instagram @neelofa

Harga kek butter berperisa salted caramel cream ini diketahui setelah Neelofa memuatnaik gambar kek tersebut dengan hashtag #kenyangtigaharimakankekenamribu

@butterflykek Thanks to all my friends for the swarovski cake #kenyangtigaharimakankekenamribu

A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Putri Samihah Mohsin, 29, pembuat kek berkenaan memberitahu bahawa kek bernilai RM6 ribu itu ditempah oleh rakan-rakan Neelofa yang mahukan hiasan kristal dan bunga. Bagi menghasilkan kek secantik ini bukanlah perkara yang mudah kerana dia mengambil masa selama 20 jam untuk menyiapkannya.

Dalam satu post Neelofa di Instagram, dia memberitahu bahawa dia seakan tidak sanggup memotong kek berkenaan

Never knew that cutting a birthday cake would be this sad! Thank you again @butterflykek for the swarovski cake

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Dalam pada itu, dengar-dengar kek kahwin tajaan perkahwinan Shaheizy Sam dan pasangan pun tidak kurang hebat harganya.

Dikhabarkan kek 8 tingkat ini bernilai RM18 ribu. Lagi power!

Hebat betul artis-artis Malaysia ni kan?

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment