Lelaki Ini Kayuh Basikal, Jual Nasi Lemak ‘Delivery’ Di Australia Untuk Tampung Hidup
Kagum kami dibuatnya!
Cover image via The Izzat Roslan/FacebookSetiap orang ada pelbagai cara untuk menampung kehidupan. Ada yang bekerja, ada pula yang lebih berminat untuk berniaga.
Kadang-kadang kita terfikir dan berasa seolah-olah semuanya belum cukup. Pendapatan yang ada pun perlu digunakan untuk banyak benda. Tetapi, rezeki itu semuanya datang daripada tuhan, cuma kita perlulah berusaha untuk terus hidup di bumi tuhan ini.
Begitulah yang dilakukan oleh saudara **Izzat Roslan** atau lebih dikenali sebagai [The Izzat Roslan](https://www.facebook.com/izzatbinroslan/timeline) di laman Facebook. Hidup sebagai perantau di luar negara memerlukan beliau untuk terus berusaha.
Saudara Izzat dan isterinya merupakan perantau yang tinggal di Brisbane, Australia. Isterinya pula adalah penuntut PhD dalam bidang perakaunan di University of Queensland, Australia.
Disebabkan tanggungjawab sebagai seorang suami, saudara Izzat ingin sentiasa berada di sisi isterinya. Namun, hidup sebagai perantau di luar negara bukanlah mudah. Sumber pendapatan beliau adalah dengan cara menjual **nasi lemak** secara *delivery* di sana.
Menariknya, cara beliau menghantar nasi lemak itu sangatlah tradisional iaitu dengan hanya berbasikal kerana tidak mampu membeli kereta
Image via The Izzat Roslan/Facebook
Sebenarnya, sebelum itu beliau sudah ada kerja yang lebih baik. Namun, disebabkan kemalangan yang menimpa, beliau terpaksa berhenti.
Menurutnya lagi, sungguhpun begitu beliau rasa bahagia kerana mempunyai isteri yang sentiasa ada di sisinya
Dalam masa yang sama, saudara Izzat Roslan banyak melibatkan diri dalam aktiviti membina jati diri pelajar-pelajar Melayu di Australia
Beliau sering terlibat dalam program-program yang melibatkan pelajar Melayu di sana. Antara objektifnya adalah membina jati diri dan semangat dalam diri-diri pelajar Melayu. Usaha murni seperti ini memang wajar dicontohi.
Rupa-rupanya beliau juga merupakan seorang vlogger. Topik agama adalah antara topik yang sering dibicarakan di dalam akaun YouTube miliknya.
***Follow*** **The Izzat Roslan di:**
Facebook: [The Izzat Roslan](https://www.facebook.com/izzatbinroslan/?fref=nf)
Twitter: [@TheIzzatRoslan](https://twitter.com/TheIzzatRoslan)
Instagram: [@roslanizzat](https://www.instagram.com/roslanizzat/)
YouTube: [Izzat Roslan](https://www.youtube.com/channel/UCckUw6OAR6-JOXbUxjZrRIw)

