seismik

Kisah Suami Yang Tabah Menjaga Si Isteri Penghidap 'Mental Disorder' Ini Harus Dikagumi

Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Cover image via SAYS

Mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental bukanlah satu perkara yang mudah untuk diuruskan. Ini kerana tindak tanduk pesakit mental tidak mudah dijangka.

Begitulah yang dialami oleh seorang suami apabila memperisterikan seseorang yang mengalami mental disorder yang serius.

Pengguna Facebook, Sharul Nizam Ab Rahim dalam satu post di laman tersebut berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau sepanjang berkahwin dengan isterinya itu. Menurutnya, usia perkahwinannya itu baru mencecah 8 bulan, tetapi sudah begitu banyak dugaan yang dilaluinya.

Usia perkahwinan kami baru masuk 8 Bulan. Asakan demi asakan yang saya terima - Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.

Penggeledahan maklumat menunjukkan - Isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 Tahun lalu (08.06.2000).

Pada 30.11.2014, Doctor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap - Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.

Penyakit ini - No Cure. Yang ada cumalah - Kawal. Ia mesti dikawal melalui - Pengambilan Ubat. Lagi satu, Penuhkan Fikirannya melalui Activity yang dia suka. Isteri saya suka Melukis. Lagi satu, dia suka Mengajar. Mutu Lukisan dan Mutu Pengajarannya - Baik. Malah lebey baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.

facebook.com

Katanya, sekiranya isterinya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti untuk dilakukan, isterinya akan didatangi Kepercayaan Palsu (Delusion) dan Halusinasi (Hallucination).

Halusinasi.

Image via hellosehat.com

Semasa Delusion - Tanpa sedar, dia akan berkata Suaminya Jahat. Ketika ini - Dia mula mencari sokongan. Misinya - Orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandai kamu enggan percaya - Siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya, dan berkata - " Abang.. Itu Orang Jahat ". Tanpa mata hati - Kita saling membenci. Saling mengesyaki. Saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.

Semasa Hallucination - Tanpa sedar, dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan. Dan bisikan itu - Suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri / merosakkan barangnya. Dan satu keadaan - Dia sedang dicederakan. Ketika ini berlaku - Tiba2 saja, isteri akan lenyapkan diri. Kalo ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 200 Pagi - 300 Pagi, Itulah orang rayau.

Tu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam. Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri / dirosakkan - Hati2. Kalo dia diam memendam - Ok. Tapi kalo dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun - Jaga2. Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling / memecahkan / menakutkan / mempertahankan diri. Tanpa mata hati - Mustahil kamu boley bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.

facebook.com

Bagi Sharul Nizam, kebanyakan orang kita terutama orang-orang Melayu suka menyorokkan, menafikan dan malu dengan pengidap psikiatri. Katanya, dia perlukan sokongan orang awam untuk mengurus isterinya itu.

Masyarakat kita terutama orang2 Melayu - Suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan Pengidap Psikiatri. Tetapi Masyarakat Barat - Mereka dedahkan. Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie - A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya - Ada kesamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.

Saya sorang2 tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doctor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.

Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk2. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan - Akan kujaganya seumur hayat.

facebook.com

Kami doakan agar saudara Sharul terus kuat dan semoga rakyat Malaysia sama-sama menghapuskan stigma terhadap mereka yang mempunyai gangguan mental seperti isterinya. <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: