Lelaki Lapor Polis Pertikai Atlet Negara Dapat Pencen RM3,000 Seumur Hidup

Emmm no komen.

  • Cover image via SAYS
  • Selepas kejayaan merangkul pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong sekali lagi mendapat perhatian apabila berjaya membawa pulang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio kali ini

      • Jun Hoong (kiri) dan Pandelela Rinong melambai kepada penonton selepas acara penyampaian pingat.
    • Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong menyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk. Duo itu mengumpul 344.34 mata dalam lima terjunan.

      says.com

      • 2979 Image via alchetron.com
        Pandelela Rinong dengan pingat gangsa yang dimenanginya pada 2012.
    • Sebelum ini, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10 meter platform individu empat tahun lepas.

      says.com

  • Atas kejayaan memenangi pingat perak, duo ini akan berkongsi ganjaran RM300,000 serta diberi pencen bulanan RM3,000 seorang SEUMUR HIDUP sebagai insentif!

    • Kedua-dua penerjun itu akan berkongsi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) itu dengan masing-masing akan menerima RM150,000 seorang.

      Pandelela dan Jun Hoong juga akan menerima pencen RM3,000 sebulan setiap seorang yang akan berkuat kuasa serta merta.

      says.com

  • Walaubagaimanapun, ada pihak yang kurang berpuas hati terhadap insentif yang diberikan kepada atlet tersebut

    • Seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang pesara askar mempertikai ganjaran tersebut dan merasakan terdapat ramai lagi individu lain yang lebih layak untuk menerima insentif sebegitu terutamanya pejuang-pejuang negara.

      Rentetan daripada itu, beliau membuat laporan polis.

      says.com

  • Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh beliau mula tersebar di laman sosial sejak semalam

    • Dalam laporan itu beliau menulis:

      “Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya.”

      says.com

  • Tindakan beliau membuat laporan polis mengundang pelbagai reaksi dari netizen di laman sosial. Antaranya:

  • 1. "Kami perlu buat laporan polis sebab gaji cleaner lebih besar daripada gaji kami."

  • 2 "Kalau Chong Wei menang nanti mesti kena report polis."

  • 3. "Berapa orang je atlet yang dapat insentif macam tu. Tak sampai 10 orang."

  • 4. "Sedih. Atlet dapat 3k, pesara askar yang pertahankan negara dapat 4-5 ratus je."

  • 5. "Atlet pun banyak berkorban dan bukan berjuang demi duit."

  • 6. "Atlet boleh beraksi sampai umur 30 lebih je. Penjawat awam boleh bekerja sampai umur 60."

  • 7. "Melampau jugak insentif 3k tu."

  • 8. "Tak wajar. Jasa dan pengorbanan anggota keselamatan bukan hanya pertahankan negara."

  • Apa kata anda? Wajarkah atlet diberi insentif sebegitu rupa?

  • Anda salah seorang mangsa?

Leave a comment