Tolong Jangan Keliru: Lima Haiwan Ini Bukan Babi

Haiwan berhidung pendek, gemuk dan pendek tak semestinya babi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Jika anda masih ingat lagi, semasa di sekolah rendah kita pernah belajar tentang haiwan dan kepelbagaian jenisnya

Kita belajar tentang haiwan yang dikategorikan kepada herbivor, karnivor atau omnivor. Kita juga pernah belajar jika haiwan tertentu itu termasuk dalam kumpulan mamalia, reptilia atau amfibia.

Tetapi haiwan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia sudah tentulah babi. Sebut saja babi, silap-silap boleh bikin gaduh dibuatnya.

Image via SAYS

Tetapi, adakah kamu dapat membezakan lima jenis haiwan ini dengan babi? Haiwan-haiwan ini mungkin seiras babi, tapi confirm bukan babi:

1. Tapir

Image via

2. Badak

Image via Youtube Adam Ma

Badak ada pelbagai kategori, seperti badak India, badak Sumatera, badak Jawa pun ada. Haiwan mamalia ini mempunyai bentuk seakan-akan babi tetapi bahagian mukanya sangat berlainan. Jadi memang mustahil kalau kamu terkeliru antara babi dan badak.

3. Aadvark

4. Capybara

Walaupun haiwan ini kelihatan seperti seekor babi yang berbulu, tetapi Capybara sebenarnya adalah dari kumpulan tikus yang besar. Capybara tiada di negara kita, tetapi ia boleh dijumpai di pertengahan dan selatan Amerika. Menariknya, haiwan ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti menyalak, berkicau, mengiau dan bersiul. Comel!

5. Wombat

Image via thedodo.com

Dalam lima haiwan yang disenaraikan di atas, wombat mempunyai nasib paling kasihan sekali

Baru-baru ini, sebuah iklan *billboard* bertemakan Hari Raya yang diletakkan di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur terpaksa diturunkan hanya kerana ramai orang terkeliru menyangkakan wombat yang menjadi karakter dalam iklan tersebut sebagai seekor babi. Aduhai.

Syarikat pemilik iklan tersebut, Servcorp terpaksa meminta maaf kepada masyarakat Malaysia, khasnya orang Islam kerana memaparkan iklan raya yang mengelirukan. Servcorp adalah sebuah syarikat Australia yang telah lama menggunakan Wombat sebagai maskot syarikat.

Nampak macam babi ke?

Image via themalaymailonline.com

Mungkin kamu tak pernah dengar info ini tetapi tahukah kamu zirafah, unta, ikan paus dan rusa sebenarnya berada sekumpulan dengan babi?

Kumpulan ini dinamakan Artiodactyla atau dalam bahasa kurang saintifiknya kumpulan haiwan even-toed ungulate

Terdapat 220 spesies dalam kumpulan ini, dan mereka terbahagi kepada 10 keluarga haiwan. Kesemua haiwan dalam kumpulan ini adalah herbivor dan mempunyai jenis even-toed ungulate, iaitu haiwan yang **mempunyai bilangan jari kaki yang genap**. Spesies dalam kumpulan ini hidup di habitat terbuka seperti di padang rumput dan kawasan berair.

Jadi, tak perlulah menghina babi. Bukan saja kerana ia tidak berdosa, tetapi ia juga makhluk Tuhan, sama sahaja macam haiwan-haiwan yang lain.

Selain dari mengetahui serba sedikit tentang dunia haiwan, tahukah anda apa kena-mengena cinta dengan warna merah?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: