Lelaki Ini Bakal Ke Tali Gantung Hanya Kerana Pertahankan Diri & Keluarga. Biar Betul?
Walaupun tak sengaja, tapi dia tetap ditahan.
Cover image via Selamatkan Zulkifli/FacebookSeorang lelaki bernama Zulkifli dikatakan tertikam seorang perompak sehingga mati ketika dia cuba mempertahankan diri dan keluarganya daripada ancaman perompak terbabit
Image via Selamatkan Zulkifli/Facebook
Tindakan Zulkifli itu boleh dianggap seperti hero yang menyelamatkan keadaan.
Tetapi apa yang berlaku? Zulkifli direman 14 hari bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kemudian ditukar kepada 304 kerana membunuh tanpa niat.
Sejumlah RM15,000 telah dibayar semata-mata bagi mengikat jamin Zulkifli.
Tetapi yang hairannya, mahkamah telah memutuskan Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan.
Lebih menyayat hati, keluarga Zulkifli hidup dalam serba kekurangan dan anak keduanya yang berumur 8 tahun didiagnos menghidap autisme
Image via www.themalaysianinsider.com
Mendengarkan kisah ini, ramai orang bersimpati terhadap nasib Zulkifli dan pada masa yang sama marah dengan sistem undang-undang negara yang dianggap tidak masuk akal
Image via Siakap Keli/Facebook
*"Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri, keluarga, dan harta benda, maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?"* soal laman Facebook **[Selamatkan Zulkifli](https://www.facebook.com/selamatkanZulkifli/?fref=photo)**.
Apa pendapat anda? Adakah tindakan Zulkifli yang tidak sengaja mengakibatkan kematian perompak itu layak diberi hukuman gantung sampai mati?
Satu laman Facebook khas **[Selamatkan Zulkifli](https://www.facebook.com/selamatkanZulkifli/?fref=photo)** telah ditubuhkan bagi menegakkan keadilan terhadap Zulkifli dan keluarga. Menariknya, baru saja sehari ditubuhkan, laman ini telah mengumpul lebih daripada **35,000** ***likes***. Kes Zulkifli ini ternyata mendapat liputan yang begitu memberangsangkan.
Selain itu, satu ***[petition](http://www.thepetitionsite.com/573/943/036/selamatkan-zulkifli.-salahkah-pertahankan-diri-sendiri/)*** dengan judul **'Selamatkan Dan Bebaskan Zulkifli. Salahkah Pertahankan Diri Sendiri?'** juga dicipta agar orang ramai boleh membantu membebaskan Zulkifli daripada undang-undang reman.
#SelamatkanZulkifli
#ZulkifliHeroKeluarga
Image via Selamatkan Zulkifli/Facebook
