“Yawla Gantengnya Pakcik!” – Aura ‘Tall, Dark, & Handsome’ KJ Cairkan Hati Gadis Indonesia

Tall, dark and ganteng!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Kita semua sedia maklum tentang kesilapan yang berlaku terhadap pencetakan bendera Republik Indonesia dalam buku cenderahati Sukan SEA 2017 (KL2017), baru-baru ini

Rata-rata rakyat Indonesia amat terkesan dan berasa sangat marah apabila berlakunya kejadian seperti itu. Bagi mereka, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana ianya adalah satu isu yang sangat sensitif serta boleh menjatuhkan maruah republik berkenaan.

Lihat sahajalah demonstrasi yang berlaku di Indonesia, boleh dikatakan agak agresif juga cara mereka menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian yang tidak disengajakan itu.

Walaupun permohonan maaf dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sudah dibuat dan percetakan semula sudahpun dijalankan, rakyat Indonesia sepertinya tidak mahu berlembut hati.

Image via Wanista.com

Walaupun insiden itu masih hangat diperkatakan, namun ada satu perkara yang sungguh tidak disangka-sangka terjadi

"Yawla **gantengnya** pakcik!"

Ternyata aura ***'tall, dark and handsome'*** Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin turut dirasai dan tersebar sehingga ke negara seberang.

Jika sebelum ini, putera raja Brunei, Putera Mateen telah berjaya mencuri tumpuan ramai gadis di Malaysia dengan penampilannya yang segak dan *handsome*, nampaknya Khairy juga tidak kurang hebatnya.

Semuanya bermula di *Twitter* selepas rakyat Indonesia terutamanya gadis-gadis di sana membandingkan gambar Menteri Pemuda dan Olahraga dari republik mereka dengan Menteri Belia dan Sukan itu.

Mana menpora pilihan hati anda?

Image via @ko2w

Siap ada pikatline! Haha.

Image via @ko2w

Image via @ko2w

Nampaknya, ketampanan menteri kita ini sedikit sebanyak dapat menyejukkan sedikit hati rakyat Indonesia. Dan mungkin juga bakal menambah pengikut KJ di media sosial. :p

***Menpora*** = *Menteri Pemuda dan OlahRaga (Republik Indonesia)*

Apa yang lebih menarik, untuk KL2017 ini, Khairy Jamaluddin turut bertanding dalam acara ekuestrian polo yang turut menyaksikan penglibatan kerabat Diraja Brunei

Acara yang sudah berlangsung pada Selasa lepas menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada Malaysia yang ketika itu beraksi bersama pasukan dari negara Brunei, 12-4.

Ternyata, aura Khairy Jamaluddin bukan sahaja pada fizikalnya malah bakatnya dalam bersukan. Tidak hairanlah, ramai gadis yang dalam diam-diam mengagumi Menteri Belia dan Sukan ini yang juga merupakan seorang ayah kepada tiga orang cahaya mata.

Cayalah KJ!

Image via Wanista.com

Jangan lupa untuk teruskan sokongan anda terhadap Malaysia dalam #KL2017!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita menarik di KL2017

Read more trending stories on SAYS