Orang Ramai Teruja, Mat Salleh Ini Guna ‘Caption’ Bahasa Melayu Sempoi Di Instagram
"Cuma seorang 'mat salleh' jalan-jalan di Malaysia." – Rhys William
Cover image via Instagram @si_rhysMungkin ia kedengaran biasa apabila 'Mat Salleh' atau pun warga asing boleh berbahasa Melayu formal. Namun, untuk berbahasa dalam Bahasa Melayu pasar, seperti percakapan seharian tentunya sesuatu yang agak luar biasa dan berlainan.
Baru-baru ini, satu akaun Instagram yang bernama [Rhys William](https://www.instagram.com/si_rhys/) telah menjadi sangat popular dan viral kerana memuat naik semua gambarnya di Instagram dengan menggunakan Bahasa Melayu.
Image via AD/Twitter
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah caption yang digunakan pada setiap gambar adalah dalam Bahasa Melayu yang agak 'sempoi' atau 'pasar'. Salah satunya adalah "mohon jangan kecam".
Selain itu, *caption* seperti **"jangan cakap aku poyo"** dan penggunaan *hashtag* **#ciaciacia** yang kini sangat *trending* dalam masyarakat kita itu turut digunakannya. Sekali baca memang rasa geli hati, sebab kami sendiri tak sangka 'mat salleh' pun nak cuba *pickupline* Sepahtu yang popular itu.
Rhys William yang berasal dari United Kingdom ini dikatakan sedang cuba mempelajari Bahasa Melayu dan akaun Instagram miliknya itu pun baru saja dibuat selama seminggu
Malah yang paling *best* lagi, satu gambar makanan nasi campur telah dimuat naik olehnya dan dia diminta untuk memakan makanan tersebut dengan menggunakan tangan kanan.
Nampaknya, masyarakat tempatan berasa begitu teruja dengan usaha 'mat salleh' yang ingin mempelajari Bahasa Melayu ini dan boleh dikatakan semua yang memberi komen pada gambarnya adalah merupakan warga Malaysia
Image via Instagram @si_rhys
Image via Instagram @si_rhys
Dalam masa yang sama, Rhys William turut memuat naik gambar-gambar serta video dia berbahasa Melayu di akaun Facebook miliknya
Kami ucapkan semoga Rhys William terus maju jaya. Anda memang awesome!
Image via giphy.com

