Kejam! Mayat Bayi Kerat 15 Tanpa Kepala Ditemui Dalam Loji Kumbahan Di Johor Bahru

Mengapa seorang bayi yang tidak bersalah sanggup diperlakukan begini?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blogspot.com

[TERKINI] Dada dan cebisan lain bayi dipotong 15 dijumpai

Image via Apeciter.com

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, bahagian badan itu diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat sebelum dikebumikan. Namun, usaha mencari kepala dan bahagian lain bayi tersebut masih diteruskan.

17 Mei: 15 cebisan mayat bayi tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Johor Bahru pada jam 10.30 pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang daripada penyelia syarikat kontraktor itu mengenai penemuan tersebut

Image via Berita Harian

Seorang pekerja bersama rakan ketika itu sedang membersihkan perangkap sampah yang dipasang di loji itu apabila mereka kemudian ternampak beberapa objek yang mencurigakan tersangkut di perangkap sampah berkenaan

Tempat mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan PRR Kempas Permai, Johor Bahru.

Image via Berita Harian

Lebih mengejutkan, tindakan ini dipercayai dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya dan sehingga kini, kepala mayat bayi itu masih belum ditemui. Menurut satu sumber, ia kemungkinan telah dijual atau ditanam di tempat lain.

Cebisan mayat bayi yang ditemui.

Image via Blogspot.com

Selain itu, polis turut mempercayai bahawa sebilah parang daging telah digunakan untuk memotong bayi tersebut.

Dalam berita lain di SAYS, seorang bayi berumur 10 bulan melecur teruk akibat didera pengasuh. BACA SINI: