seismik

Kiub Milo 'Awesome' Ini Tak Dijual Di Malaysia... Tapi Masih Ada Cara Untuk Anda Dapatkan

SEDAPNYA WOI!

Cover image via SAYS

Kita semua tahu tak ada minuman pun yang boleh kalahkan Milo kaw, tapi ada sesuatu yang sedang mencuri perhatian rakyat Malaysia sekarang

Perkenalkan, 'Milo Energy Cube'.

Image via Umalog

Kiub Milo comel ini mula viral di media sosial sejak Disember 2016 dan ia serta-merta menjadi hit. Rakyat Malaysia, tak kiralah tua mahupun muda semuanya teringin nak merasai kelazatan snek baru ini.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya 'Milo Energy Cube' ini bukanlah satu produk yang baru dan telah berada di pasaran untuk tempoh yang agak lama.

Bukan orang kita sahaja yang teruja dengan kiub Milo viral ini. Penduduk dari negara jiran di Singapura, Brunei, dan Thailand turut terpesona dengan penemuan ini walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru.

Sedap ke ni? Boleh makan macam tu je?

Image via Umalog

Kalau anda memang seorang yang gemar "menceduk" serbuk Milo dari dalam tin dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa perlu membancuh air, maksudnya kiub Milo ini benar-benar sesuai dengan selera anda!

'Milo Energy Cube' sememangnya merupakan serbuk Milo yang dipadatkan ke dalam bentuk kiub mini. Bayangkan, rasa coklat Milo yang sedap dikunyah rangup dan terus pecah berkecai di dalam mulut sebaik digigit. Fuuhh!

Jaga-jaga, anda mungkin boleh jadi ketagih!

Image via 11street

Kat mana nak beli 'Milo Energy Cube' ni? Ada jual ke?

Secara rasminya, 'Milo Energy Cube' ini tidak dijual di Malaysia. Tapi tak usah risau, anda boleh dapatkannya secara online kerana ada permintaan yang besar.

Kalau rasa nak beli, sila pergi ke laman web seperti Lazada, 11Street dan Qoo10. Ada juga yang menjual produk ini di Carousell dan Shopee.

Namun, sebelum membeli, sila ambil perhatian.

Kiub Milo ini hanya dijual di negara-negara Afrika terpilih sahaja. Jadi, jika ada sesetengah penjual memberitahu kuib ini diimport dari Dubai, anda perlu berhati-hati dan periksa dahulu kesahihannya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

'Milo Tower' ni bila nak ada kat semua kedai mamak?

You may be interested in: