‘Mujur Sempat Kunci Pintu’ – Budak Tadika Nyaris Diculik Oleh Lelaki Tak Dikenali
Penjenayah gagal dan berjaya diberkas.
Cover image via SAYSDua hari lepas, tersebar satu berita gempar mengenai cubaan menculik kanak-kanak yang berlaku di sebuah tadika di Kulai, Johor
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tadika Butterfly, Taman Muhibbah, Saleng, di mana seorang lelaki yang tidak dikenali telah memanjat masuk ke kawasan tadika.
Melihat kelibat lelaki tersebut, seorang cikgu segera bertindak mengunci pintu grill tadika. Percubaan lelaki itu untuk menculik kanak-kanak gagal dan akhirnya beliau berjaya diberkas oleh pihak polis.
Seorang pengguna Facebook, Hisham Zulkefli memuat naik dua gambar suspek tersebut pada 5 September lalu. Post berkenaan telah mendapat lebih daripada 8,000 share!
Image via Hisham Zulkefli/Facebook
