seismik

Mulai Januari, Caj Wad Hospital Kerajaan Dijangka Naik 50%. Tapi Ada Syarat...

...bukan untuk kelas 3.

Cover image via SAYS

Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus

Image via feldavoice.com

Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.

kosmo.com.my

Namun begitu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu ketika ini kadarnya masih belum diputuskan lagi

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Image via straitstimes.com

Menurut beliau, kenaikan caj tersebut yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2017 adalah satu tindakan yang wajar dilakukan memandangkan kos perubatan masa kini yang semakin meningkat setiap tahun.

Malah, kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun yang lepas.

Menurutnya lagi, hanya kira-kira 32,000 pesakit daripada dua juta pesakit yang datang ke hospital kerajaan adalah pesakit kelas 1 dan 2

Selain itu juga, golongan tersebut adalah kalangan yang mempunyai pilihan dan ada kalanya mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Sebab itu kami naikkan caj dan potong subsidi. Saya harap hasil daripadanya akan diguna untuk mendapatkan ubat tambahan atau seumpamanya bagi mereka yang memerlukan di kelas 3," jelasnya.

Dr Subramaniam turut menambah tanggungjawab utama KKM adalah untuk memastikan kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam terjamin kebajikan mereka.

astroawani.com

Dengar saja harga naik, ramai orang bertindak mengecam kerajaan. Tapi sebelum itu, apa kata fahamkan betul-betul mekanisme kenaikan harga ini sebelum mengulas lebih lanjut:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Kalau nak lebih terperinci, boleh baca di bawah. Jangan malas membaca ya!

Image via Facebook

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Peminjam PTPTN pun boleh dapat diskaun 15%:

You may be interested in: