seismik

[VIDEO] Nandini, Darian, Esther, & Kevin Kongsi Pengalaman Berpuasa Buat Kali Pertama

Macam-macam ragam diorang ni! Hahaha...

Cover image via SAYS

Ramadan tiba setahun hanyalah sekali. Jadi, baru-baru ini 4 rakan sekerja non-muslim kami telah menyahut cabaran untuk berpuasa selama sehari

Apa-apa pun sebelum berpuasa, mereka telah diberi tips terlebih dahulu bagi memastikan mereka bertenaga dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar.

Image via giphy.com

Tetapi biasalah bila pertama kali berpuasa, mestilah rasa lain dan tak biasa kan?

Image via giphy.com

So, agak-agak macam mana pengalaman puasa mereka? Seronok atau tidak? Jom kita dengar apa kata mereka!

1. "It's a humbling experience" - Kevin Hui

Image via SAYS

"Saya rasa setiap non-muslim harus cuba berpuasa sekurang-kurangnya satu hari bersama-sama beberapa rakan muslim anda. Ia bukan sahaja menarik tetapi idea disebaliknya sangat memberi manfaat. Ramadan sememangnya bulan yang penuh dengan kebaikan.

"Bagi saya lapar dan dahaga itu sudah tentu sepanjang saya berpuasa. Ia sangat mencabar tetapi saya rasa kuat dan positif bila berpuasa bersama kawan-kawan muslim yang lain untuk meneruskan hari tanpa merasa lapar atau dahaga. Makna puasa kepada saya lebih daripada sekadar menyahut cabaran ini. Saya mula memahami bagaimana rasanya menderita kelaparan dan dahaga. Jadi saya rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada."

2. "Water!!" - Nandini

Image via SAYS

"Sebenarnya ini bukanlah pengalaman baru buat saya. Saya telah melakukannya beberapa kali sebelum ini. Saya pernah melakukannya sewaktu Ramadan dan jenis puasa yang saya ikuti dalam agama Hindu. Saya hanya minum air untuk sahur dan saya tidak lapar pada siang hari. Tetapi saya rasa sedikit dahaga dan saya fikir ini kerana saya bekerja di pejabat yang berhawa dingin, jadi ia bukanlah perkara yang pelik.

"Puasa mengingatkan saya tentang apa yang perlu dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan. Boleh saya katakan ia sangat bagus dilakukan pada bila-bila masa tidak kira Ramadan atau tidak. Anda akan rasa lebih bersyukur atas apa yang anda miliki sekarang."

3. "Jangan pergi gym after sahur" - Darian Goh

Image via SAYS

"Untuk video puasa ini, saya nak tahu apa atlet-atlet rasakan ketika berpuasa. Jadi saya pergi ke gym di pagi hari untuk bersenam. Saya dicadangkan untuk melakukan latihan berat badan dan bukan kardio sewaktu berpuasa.

"Bahagian yang paling sukar semasa puasa ialah saya tidak boleh minum air. Saya jenis yang suka minum banyak gelas air sehari. Jadi ini adalah sukar buat saya dan saya sering tertelan air liur hahaha. Rakan-rakan saya kata saya budak baik (duduk diam) ketika saya berpuasa tetapi saya fikir saya sebenarnya malas untuk bercakap dan dalam masa yang sama ingin menyelamatkan air liur saya hehe."

4. "It's really really susah to wake up for sahur" - Esther

Image via SAYS

"Perkara paling susah sekali masa puasa adalah untuk bangun sahur. Saya rasa sangat mengantuk dan ia sangat awal untuk saya berjaga. Rasa kelakar sangat masa sedang buat kerja saya terambil botol air untuk minum. Lepas dah buka penutup baru saya teringat yang saya sedang berpuasa. Hehe...

"Saya rasa sangat lapar jadi bila masuk saja pukul 6 saya rasa tak sabar nak makan hehe. Sebenarnya puasa juga mengajar saya untuk lebih bersabar. Saya rasa sangat bangga dengan rakan-rakan muslim saya yang berjaya mengharunginya selama sebulan."

Nak tengok sejauh mana mereka mampu bertahan? Jom tonton video di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sekarang, jom tengok abang-abang ni try Ramadan pick-up line pula. Agak-agak siapa menang?

You may be interested in: