‘Ini Kos Kerja Kami’ – Nora Danish Minta Artis Tak Kena Cukai Untuk Tampil Menarik
"Ini adalah sebahagian daripada kerja." – Nora Danish
Cover image via SAYS via selebritionline.comKalau minggu lalu kita dikhabarkan dengan berita mengenai Rozita Che Wan disekat ke luar negara kerana tidak melunaskan cukai tertunggak, kali ini giliran Nora Danish pula menyuarakan pendapat agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai untuk tampil menarik
Pelakon cantik ini meminta **Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)** mempertimbangkan saranannya itu kerana penggiat seni perlu berbelanja besar untuk kekal cantik yang boleh dimasukkan sebagai kos kerja.
Nora yang juga mempunyai perniagaan fesyen itu berkata beliau akui beliau tiada tunggakan cukai dan membayarnya pada waktu yang ditetapkan, dan berkata jumlah yang dibayarnya bukan sesuatu "yang terlalu mengejutkan"
"Kalau boleh, pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak," tegas Nora.

