seismik

Ramai Orang Luar 'Triggered' Dengan Iklan Parodi "Shampoo Tudung" Ini Sampai Hina Islam

Padahal parodi je. Bukan iklan shampoo pun sebenarnya.

Cover image via Mr The All Shared/YouTube

Iklan "shampoo tudung" yang viral ini mendapat liputan seluruh dunia. Walaupun itu sesuatu yang bagus, tapi...

... kami terkejut kerana iklan parodi ini nampaknya mendapat kutukan keras daripada ramai orang dari luar negara.

Screenshot dari video ini turut dimuat naik di salah satu media sosial paling popular di dunia iaitu 9GAG.

Sejak dimuatnaik di 9GAG, tiba-tiba iklan "shampoo" yang bersifat satira komedi ini mencetus kemarahan orang ramai

Ramai menganggap iklan ini bodoh dan tak masuk akal, malah ada juga yang menjelaskan bahawa itu bukanlah cara sebenar memakai shampoo seperti yang ditunjukkan dalam iklan tersebut.

Ini adegannya.

Image via Mr The All Shared/YouTube

Dan tak semena-mena, nama Malaysia menjadi sebutan dan Islam juga dihina dengan teruk. Pelbagai jenis kata-kata kesat kita boleh lihat ditinggalkan di ruangan komen yang berbaur kutukan dan cacian terhadap agama Islam.

Boleh baca sendiri di bawah:

Tambahan lagi, ada juga yang menggelar Malaysia sebagai "Negara dengan undang-undang zalim" sebab wanita perlu mandi sambil berpakaian

Image via Twitter
Image via 9GAG

Aduhai, benda kecik macam ni pun boleh jadi isu. Apa yang mereka semua tak tahu ialah sebenarnya ini BUKAN iklan shampoo yang sebenar.

Adegan pendek 15 saat tersebut telah dicedok daripada video parodi komedi di bawah ini:

Media sosial seperti 9GAG dan Twitter hanya menunjukkan adegan wanita memakai shampoo di atas tudung sahaja, tanpa meletakkan link kepada video penuh. Disebabkan itu, ramai yang berkata iklan ini menunjukkan imej Islam sebenar yang mundur dan terkebelakang.

Mereka juga tak tahu bahawa video ini telah dihasilkan oleh sebuah syarikat produksi tempatan Mr The All Shared bagi mempromosi koleksi tudung keluaran Escarves, bukan shampoo.

Lagi satu, video berkenaan juga memang sengaja dihasilkan sebegitu bagi menyerupai iklan shampoo Sunsilk yang sangat popular pada satu masa dulu

Sebab itulah ia dipanggil parodi berunsur satira komedi!

Oohh so nostalgic!

Fun fact: Wanita dalam iklan Sunsilk ini adalah isteri kepada Dato' Aliff Syukri.

Nasib baik ada ramai orang kita yang mempertahankan iklan tersebut dan bagi counter attack. Terima kasih.

Image via Twitter
Image via 9GAG

Dah berbuih dah mulut ni cakap - tolonglah periksa fakta dan kesahihan terhadap semua benda yang anda lihat atau baca di Internet. Tak semua benda yang anda lihat atau baca itu sahih dan benar. Buat research dulu, fahamkan, dan baru boleh komen. Please.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Video ini pun jadi isu juga, tapi dalam Malaysia je:

You may be interested in: