Orang Ramai Terkejut Tak Boleh Taip ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’ Di Facebook
Sebab apa?
Cover image via Ryan Malik/FacebookPagi tadi, sedang kami sibuk scroll Facebook, kami tertarik dengan satu post yang dimuatnaik seorang rakan di laman tersebut. Bila melihat gambar tersebut kami pelik dan tertanya-tanya kenapa?
Seorang pengguna Facebook bernama [Ryan Malik](https://www.facebook.com/ryan.malik88/posts/1336732293043519?pnref=story) memberitahu beliau tidak dapat *post* sepotong ayat al-Quran di laman Facebok dan disebabkan itu beliau berasa sangat pelik.
Dalam gambar yang dimuatnaik beliau, tertera di situ *"Failed to post"* setiap kali beliau cuba untuk *post* potongan ayat tersebut.
Ayat tersebut ialah **"La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"** yang membawa maksud **"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT."**
Image via Ryan Malik/Facebook
Image via Ryan Malik/Facebook
Image via Ryan Malik/Facebook
Nampaknya bukan beliau seorang saja mengalami masalah ini. Ternyata netizen lain turut mengadu hal yang sama.
Bagaimanapun Facebook memberitahu bahawa sistem keselamatannya mendapati ia adalah *spam* kerana ramai orang di luar sana cuba untuk *post content* yang sama.
Facebook juga memberitahu *content* tersebut juga dianggap *abusive*.
Image via Ryan Malik/Facebook
Image via Ryan Malik/Facebook
Adakah disebabkan isu di Aleppo, Syria menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk block kalimah tersebut?
Image via Business Insider
Image via www.libertaddigital.com
Image via www.un.org
Apa kata anda?
Sebelum anda mencuba menaip ayat tersebut, pastikan ejaan adalah betul seperti ini:
**'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'**

