Pasangan Ini 'Travel' Ke Maldives Dengan RM4,000 Saja, Lengkap Dengan Penginapan Atas Air

Seronoknya dapat menginap di hotel terapung!

  • Kalau anda perasan, sekarang ini makin ramai pula orang kita yang memilih Maldives sebagai destinasi percutian bersama pasangan, terutamanya honeymooners

    • Semenjak AirAsia perkenalkan penerbangan terus ke Maldives tahun lepas, ramai yang berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang pergi bercuti ke kepulauan terindah di dunia itu. Nama Maldives sememangnya tidak lagi asing bagi peminat tegar pantai pasir putih dan lautan biru yang begitu terkenal di serata dunia.

      says.com

    • Namun begitu, Maldives turut dianggap sebagai destinasi percutian mahal. Maklumlah, negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu mempunyai pelbagai fancy resorts yang mewah dan canggih serta hotel-hotel terapung bertaraf lima bintang. Nak menginap satu malam pun belum tentu mampu bagi golongan marhaen yang bekerja setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang.

      says.com

  • Tapi apa yang ramai tak tahu, sebenarnya ada caranya.

    Pasangan ini telah buktikan dengan hanya RM4,000, mereka mampu bercuti di Maldives, lengkap dengan penginapan di hotel mewah.

      • 0870 Image via Syafiq Farhan
        Pasangan suami isteri, Syafiq Farhan dan Nurul Syamimi.
    • Pasangan Syafiq Farhan dan Nurul Syamimi pergi honeymoon di Maldives bukan hanya satu hari, dua hari, tetapi empat hari! Paling menarik, mereka turut berpeluang untuk menginap di Paradise Island Water Villa, salah satu hotel terapung mewah di sana yang sangat cantik.

      Dan mereka lakukan semua ini dengan bajet RM4,000 sahaja untuk 2 orang!

      says.com

  • Macam mana nak buat tu? Jom baca perkongsian Syafiq Farhan di bawah:

    • Itinerary Honeymoon Maldives, 7-11 Mei 2017

      Day 1 (Airport - Hulhumale')

      - 9pm sampai di Velana International Aiport, Male
      - Tukar duit Rufiyaa (USD40 = 600 Rufiyaa)
      - Disambut baik oleh staff hotel dari airport ke hotel
      - Check in Rivethi Beach Hotel untuk 2 malam di Hulhumale' (RM458 termasuk Airport Transfer Return)
      - Jumpa Bro Hazizi Hasan, dia belanja dinner BBQ Burger sebab tolong bawakan flavor vape dia. Haha, thx bro!

      says.com

    • Day 2 (Male Day Trip)

      - Breakfast kaw-kaw (provided)
      - Pusing-pusing Hulhumale' (free)
      - Male day trip (USD15 for 2 persons)
      - Souvenir Hunting!
      - Malam Candle Light Dinner di Kick's Restaurant (tepi laut) 400 Rufiyaa

      says.com

    • Day 3 (Private island here i come!)

      - Breakfast kaw-kaw (provided)
      - Check out Revithi Beach Hotel & send back to airport
      - Sampai airport disambut baik oleh staff Paradise Island
      - Speedboat to Paradise Island
      - Sampai private island. SubhanAllah cantiknyaaaa!
      - Check in Paradise Island Water Villa for 1 night (RM3,000 termasuk Speeboat Return Transfer). Water Villa paling murah di Maldives.
      - Free & Easy

      says.com

    • Day 4 (Paradise Island & Check out)

      - Breakfast kaw-kaw (provided)
      - Free & Easy at Paradise Island
      - Check out & speedboat return to Airport and flight back to Malaysia.


      TOTAL = RM4,000 untuk 2 orang (tak termasuk flight)

      says.com

    • Sedikit tips & info di Maldives

      - Maldives adalah negara islam. So, 95% makanan adalah halal.
      - Orang di Maldives baik sangat, banyak mambantu.
      - Cukai di Maldives sangat tinggi. Jadi berhati-hati sebelum buat booking.
      - Lebih 1,000 pulau ada di maldives, terbahagi kepada 2 buah jenis pulau (public & private). Better pergi private sebab SubhanAllah cantik sangat-sangat!
      - Maldives menggunakan 2 jenis matawang iaitu USD & Rufiyaa.
      - Pengalaman menginap di water villa sangat berbaloi. Kena cuba!
      - Banyak aktiviti yang boleh buat di Maldives antaranya Snorkeling, Sandbank, Resort Day Trip, Night Fishing dan banyak lagi.

      Itinerari saya sesuai bagi sesiapa yang ingin cuba untuk stay di Water Villa dengan cara backpack. Oh ya, Brahim jangan lupa ya! Hehe.

      says.com

  • Dah, jom pergi Maldives!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Nak tahu lagi macam mana nak travel ke Maldives dengan bajet murah? BACA SINI:

Leave a comment