Kejam! Pelajar Kelar Leher ‘Lecturer’ Sampai Mati Hanya Kerana Tesis

Apalah salah si pensyarah sampai dibunuh dengan kejam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via postimg.org

Siapa sangka, tesis yang sepatutnya menjadi tanggungjawab pelajar boleh bertukar menjadi satu pencetus dalam pembunuhan kejam

Image via

Cerita berlaku di Indonesia di mana seorang pensyarah maut setelah lehernya dikelar oleh pelajarnya sendiri, hanya disebabkan tesis

Kejadian berlaku pada petang Isnin, 2 Mei, di Universiti Muhammadiyah (UMSU) di Sumatera Utara.

Profesor Dr Hj Nur'ain Lubis, adalah seorang pensyarah berusia 57 tahun di Fakulti Pendidikan, dalam Jabatan Bimbingan dan Kaunseling di situ. Laporan media tempatan berkata Prof Nur'ain dan seorang pelajarnya, Roymardo Sah Siregar, 21, mempunyai satu perbualan mengenai tesis Roymardo, yang membawa kepada hujah dan perbalahan.

Prof Nur'ain kemudiannya pergi ke tandas.

Universiti Muhammadiyah (UMSU).

Image via hoteldekatkampus.com

Tersinggung daripada perbincangan tersebut, Roymardo bertindak mengelar leher Prof Nur'ain sebelum dia dilaporkan menjerit dan rebah di atas lantai

Beliau telah diserang di depan bilik air kampus Bangunan B, sejurus selepas meninggalkan tandas.

"Dia segera dikejarkan ke hospital atas kecederaan yang dialaminya. Tiada siapa tahu apakah motif disebalik tindakan kejam itu," kata seorang saksi.

Selepas berita kematian Prof Nur'ain tersebar, Roymardo didakwa bersembunyi di dalam tandas berkenaan bagi mengelak bertemu sebuah kumpulan perusuh yang tunggu di luar. Dia duduk saja di dalam sehingga polis tempatan datang untuk menangkapnya.

Pelajar itu kini disiasat.

Rormardo Sah Siregar dibawa keluar dari tandas oleh pihak berkuasa.

Image via www.akalil.com

Profesor Dr Hj Nur'ain Lubis.

Image via medan.tribunnews.com

UMSU menyatakan rasa kesal atas kejadian malang yang telah menimpa Prof Nur'ain. Pihak universiti berkabung dan memberi cuti selama dua hari.

Ahli keluarga Prof Nur'ain meratap pemergiannya buat kali terakhir.

Image via photo.sindonews.com

Motif pembunuhan akhirnya didedahkan oleh Roymardo sendiri. Menurutnya, Prof Nur'ain sering kali memarahinya dan mengugutnya tidak lulus dalam subjek yang dipelajari.

Dan itu merupakan peluang terakhir bagi Prof Nur'ain.

Sumber berkata Roymardo memang sudah bersedia dengan membawa sebatang pisau dari rumah sebelum bertemu pensyarahnya itu. Niatnya untuk membunuh Prof Nur'ain sudah tertanam sejak sekian lama apabila kerap kali dimarahi dan dihalau keluar kelas.

Kini, Roymando serta merta dibuang dari universiti dan kes ini sedang dibicarakan. Salam takziah buat ahli keluarga Prof Nur'ain atas kehilangan seorang insan yang berjiwa besar.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita dari negara jiran:

You may be interested in: