Pelajar UiTM Digantung Kerana Selfie Di Atas Pentas Adalah Tidak Benar
"Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi…" kata Muhammad Hasrul.
Cover image via The Malay Mail OnlineSeorang graduan Diploma Fotografi di UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Razi dilaporkan akan digantung pengajian kerana mengambil gambar selfie semasa sesi konvokesyen pada 13 dan 14 Mei lalu
Image via DebatMalaysia.com
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata tindakannya itu dianggap memalukan UiTM
Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar turut mengatakan bahawa laporan tentang hukuman gantung pengajian bagi graduan itu tidak benar sama sekali, sebaliknya Muhammad Hasrul diberi tempoh seminggu untuk meminta maaf
Image via New Straits Times
Graduan yang berumur 21 tahun itu kemudian dilaporkan telah meminta maaf di atas perbuatannya itu yang dikatakan tidak menghormati etika majlis konvokesyen
Image via The Malay Mail Online
Menurutnya lagi, sebagai graduan jurusan Fotografi, niatnya mengambil gambar selfie adalah sebagai simbolik untuk jurusan tersebut
Selepas kejadian itu, ramai netizen menyampaikan rasa tidak puas hati sekiranya benar UiTM ingin mengambil tindakan untuk menggantung pengajian Muhammad Hasrul
Selain itu, laporan penggantungnya itu turut dianggap tidak munasabah memandangkan terdapat banyak universiti lain yang telah lama mengadakan 'adat' selfie ketika majlis konvokesyen
Image via Facebook.com
Image via Blogspot.com
