seismik

Setiap Penumpang Perlu Bayar Levi RM1 Untuk Berlepas Dari 'Airport' Malaysia Mulai 2018

Kecuali bagi mereka yang terbang dengan perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Cover image via Skyscrapercity

Mulai tahun depan, Levi RM1 dijangka dikenakan ke atas semua pelancong yang berlepas dari lapangan terbang Malaysia

Image via Wiki

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang berusaha untuk mengutip levi RM1 ke atas individu dan juga syarikat yang berlepas dari Lapangan Terbang Malaysia dengan meminda Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2016.

Perkara ini disahkan pada hari Selasa, 14 Ogos, oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Azmir Zain.

"Saya dapat mengesahkan bahawa Mavcom akan mengenakan caj levi RM1 kepada semua penumpang yang berlepas kecuali mereka yang terbang dengan perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Channel News Asia melaporkan bahawa Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan datang pada bulan Oktober.

Jika rang undang-undang pindaan diluluskan, caj levi akan mula dikuatkuasa pada Januari 2018.

Menurut Azmir, Mavcom menjangkakan kutipan sebanyak RM30 juta pada tahun pertama pelaksanaan

CEO Mavcom, Azmir Zain.

Image via themalaymailonline.com

"Tujuan levi RM1 adalah bagi memastikan pendapatan kewangan dan yang lebih penting adalah kebebasan Mavcom," jelasnya.

Beliau juga mendedahkan Mavcom sedang mengkaji semula caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk penerbangan jarak jauh di klia2 yang mana ia berpotensi dinaikkan daripada RM50 kepada RM73.

Azmir berkata ini bertujuan untuk menyamakan caj di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penumpang telah mendapat penjimatan sebanyak RM30 sejak Mavcom menurunkan kadar PSC dari RM65 kepada RM35 bagi semua destinasi ASEAN.

Image via Mavcom

Bacaan pertama rang undang-undang pindaan bagi menguatkuasakan levi telah dibentangkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Aziz Kaprawi minggu lepas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Aziz Kaprawi

Image via mole.my

Abdul Aziz memberitahu levi akan dikenakan supaya Mavcom dapat beroperasi tanpa bergantung kepada dana dari kerajaan. Kerajaan telah membiayai badan bebas itu sejak dua tahun lalu, sejak penubuhannya pada 1 Mac 2016.

"Caj levi ini adalah normal di negara lain dan kami hanya mengenakan caj paling minimum iaitu RM1 sahaja kepada setiap penumpang," kata Abdul Aziz.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini juga kecoh tentang isu had bagasi 7kg:

Tapi jangan risau, ada cara macam mana nak bagi beg tu ringan:

You may be interested in: