seismik

Pemandu Bas Tak Sedap Hati, Rupanya Penumpang Buat "Projek" Sampai Tertinggal Seluar Dalam

Orang Malaysia zaman sekarang dah hilang rasa malu.

Cover image via Facebook

Perasaan tak sedap hati seorang pemandu bas ekspress telah menemukan beliau dengan sehelai seluar dalam milik penumpangnya

Seorang pemandu bas yang tidak didedahkan identitinya telah membuat pemeriksaan di dalam bas yang dipandunya dan terjumpa sehelai seluar dalam wanita yang diselitkan di antara kerusi dan dinding bas.

Ternyata perasaan 'tak sedap hati' beliau yang dirasai sepanjang perjalanan menuju ke Terengganu berakhir dengan penemuan sesuatu yang tak terduga.

“Kita bertongkat mata pandu bas nak sampai ke Terengganu dengan selamat kerana nyawa penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi),” kata pemandu bas tersebut.

Beliau tidak berniat untuk mengaibkan penumpang tersebut, cuma sekiranya perkara buruk terjadi, pemandu bas juga yang akan dipersalahkan

“Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika memandu bas melalui Gerik semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah jawapannya.

“Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauzubillah,” katanya.

Dimanakah letaknya maruah seorang wanita sehingga kejadian seperti ini boleh berlaku?

Kejadian ini turut mendapat perhatian dan reaksi daripada pengusaha perkhidmatan bas, Agensi Pelancong D dan Adik Beradik Sdn Bhd.

“Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma mampu kata, murahnya harga atau nilai seorang wanita. Di mana terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini?

“Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda, tolong jaga maruah anda yang bernama wanita.

“Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang terkena tempias.

“Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita selamat.

“Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong faham.

“Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu,” katanya.

Pengajarannya, berhentilah melakukan perkara yang salah dan sia-sia. Mana hilangnya sifat malu kita sebagai manusia berakal?

Jaga tingkahlaku dan maruah walau dimana kita berada dan dalam apa jua keadaan. Jangan kerana seekor lembu membawa lumpur, habis semua terpalit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita tentang sikap rakyat Malaysia:

You may be interested in: