seismik

Adakah Mat Sabu Pengikut Syiah?

Zahid Hamidi dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas mendakwa orang nombor dua PAS, iaitu Mat Sabu, terlibat menganut fahaman Syiah.

Cover image via

10 'Bukti' Mat Sabu Syiah Yang Didedahkan Pada 12 Disember Hanya Bukti Gred B, Kata KDN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah tidak akan didedahkan kepada umum.

malaysiakini.com

KDN mengesahkan memiliki bukti eksklusif 'gred A' berupa pengakuan lebih 20 individu yang didakwa mampu 'menceritakan' kecenderungan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.

themalaysianinsider.com

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mat Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

blogspot.com

Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

harakahdaily.net

Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

malaysiakini.com

Mat Sabu meminta orang yang dituduh mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan ke atas dirinya juga bukan suatu amalan di negara ini. "Bukti mesti dari yang menuduh... itulah amalan di Malaysia," ujarnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online.

sinarharian.com.my

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

Image via thestar.com.my

Saya Kagumi Khomeini Tapi Saya Bukan Pengikut Syiah, Kata Mat Sabu

Biarpun KDN hari ini mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu, pemimpin nombor dua Pas itu tetap menafikannya.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi pemimpin Iran, Khomeini 'kerana kepimpinan dan perjuangannya mampu membawa umat Islam lebih berdikari'.

blogspot.com

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kuasa kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah.

sinarharian.com.my

Mat Sabu menafikan tuduhan dia pengikut ajaran Syiah.

Image via sinarharian.com.my

Kesemua 10 'Bukti' Mat Sabu Seorang Pengikut Syiah

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia.

harakahdaily.net

Bukti No. 1: Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Nabi Yusuf Khomeini’ dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

abnxcess.com

Bukti No. 2: Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

terengganutoday.com

Bukti No. 3: Mat Sabu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011.

utusan.com.my

Bukti No. 4: Semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.

harakahdaily.net

Bukti No. 5: Mat Sabu juga didapati telah melawat sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011.

abnxcess.com

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Image via themalaysianinsider.com

Bukti No. 6: Mat Sabu didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.

harakahdaily.net

Bukti No. 7: C.N Afghani mendedahkan Mat Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qam, Iran.

abnxcess.com

Bukti No. 8: Mat Sabu pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.

harakahdaily.net

Bukti No. 9: Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

harakahdaily.net

Bukti No. 10: Temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

abnxcess.com

"Orang Kedua Dalam PAS" Adalah Pengikut Ajaran Syiah, Kata Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu adalah pengikut fahaman ajaran Syiah.

anwaraidc.com

“Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan soal politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS boleh memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS," Zahid Hamidi kata.

anwaraidc.com

“Jangan berselindung. Datuk Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa. Ambil tindakan kepada pemimpin PAS itu,” kata beliau ketika penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013, di sini.

anwaraidc.com

Zahid Hamidi berkata, beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat dengan fahaman Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

yahoo.com

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

Image via blogspot.com

Mat Sabu Tidak Gentar Dengan Tuduhan Zahid Hamidi Bahawa Dia Pengikut Ajaran Syiah

Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.

yahoo.com

Timbalan Presiden PAS itu berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan parti Islam itu baru-baru ini.

yahoo.com

“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya merujuk kepada Ahmad Zahid.

yahoo.com

Mat Sabu tidak gentar dengan tuduhan tersebut.

Image via mkini.net

Zahid Hamidi Akan Dedahkan Bukti-Bukti Mat Sabu Seorang Pengikut Syiah Pada 3pm Hari Ini

Image via thestar.com.my

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau baru-baru ini bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.

themalaysianinsider.com

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan membuat pengumuman istimewa di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari ini.

themalaysianinsider.com

"Saya tidak boleh bercakap sekarang. Ketua Setiausaha akan membuat pengumuman nanti," kata beliau ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang hari ini.

themalaysianinsider.com

Cerita-Cerita Lain Untuk Anda: Syiah di Malaysia: 17 Permohonan Kahwin Mut'ah Syiah Dikemukakan Di Sabah

Image via amazonaws.com

You may be interested in: