seismik

[VIDEO] Alahai Melayu, Sanggup Gaduh Bertumbuk Sebab Duit Hantaran Tak Cukup

Inilah jadinya bila adat didahulukan melebihi agama.

Cover image via www.kosmo.com.my

[TERKINI] Pengantin Lelaki Lapor Polis, Dakwa Ditumbuk Dan Kereta Dikemek

Image via www.ohmedia.my

PANTAI RPT: 3034/16
TARIKH: 26/03/2016@1734 HRS
PENGADU: Nor Izzat Bin xxxxxxx
KP: 890916-14-xxxx
KERJA: Pengawal Keselamatan
TEL: 012-684xxxx
ALAMAT: Jln 62, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor

KETERANGAN REPOT:

Pada 26/03/2016 Jam lebih kurang 1517 hrs, Semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah Kg. Pantai Dalam, KL semasa akad nikah tersebut pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum di beri. Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

Selepas itu, mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut dan wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.00. Selepas abang saudara tudang saya buat bising dalam majlis tersebut saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia telah menumbuk muka saya. Tiba-tiba datang lagi (2)(L) Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya.

Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut iaitu Mohammad Eszuan (920621-14-xxxx), Muhammad Hafiszan (880912-56-xxxx), Mohd Azree Hazwan (910916-10-xxxx). Kereta rombongan saya juga mereka pukul dan ada kesan kemek. Tujuan saya buat repot untuk mina gantirugi kesemua perbelanjaan majlis nikah tersebut kerana majlis tersebut telah saya gunakan duit sendiri. Sekian laporan saya.

PERBUATAN POLIS:

Telah memaklumkan kepada KPB Pantai, ASP Ezral Ezwani Ab Malik dan arahan KPB Pantai Kes di rujuk kepada pegawai penyiasat jenayah Balai Pantai, Insp Fitri untuk siasatan lanjut kerana terdapat unsur-unsur kekerasan.

29 MAC, 2PM: "Pergaduhan Tercetus Sebab Pengantin Lelaki Kurang Ajar!" - Jelas Wakil Pihak Perempuan

Image via SAYS

Dalam pada ramai pihak menuduh pihak perempuan yang mula membuat onar, salah seorang wakilnya tampil untuk memberi penjelasan

Kakak sepupu kepada pengantin perempuan, Wanie Azwani menjelaskan pergaduhan mula tercetus apabila pihak lelaki bertindak kurang ajar setelah ditanya soal baki hantaran.

Pihak perempuan bukanlah meminta bayaran itu on the spot sebenarnya tetapi sekadar bertanya mengenai baki wang hantaran. Lagi pun, pihak lelaki sebelum ini telah pun berjanji untuk melangsaikannya sewaktu hari pernikahan. Jadi tidak salah untuk mereka bertanya.

Baca kenyataan penuh:

Lebih mengejutkan, pengantin lelaki itu sebenarnya tak bekerja pun. Dakwaan beliau bekerja sebagai seorang pak guard sememangnya tidak benar sama sekali.

Namun, pengantin perempuan terpaksa menyembunyikan hal itu daripada keluarga atas dasar cinta dan suka sama suka.

Dan perkahwinan dibatalkan atas keputusan pengantin perempuan itu sendiri, tanpa ada sebarang paksaan dari mana-mana pihak.

Lagi satu sumber pula berkata kekecohan itu berlaku atas sebab pengantin lelaki tidak menyediakan mas kahwin dan tak ada kena mengena dengan soal hantaran

“Begini, soal yang bergaduh itu sebenarnya bukan kerana duit hantaran. Punca sebenar pergaduhan itu adalah kerana mas kahwin.

“Nak kahwin tetapi mas kahwin pun tak ada, kau rasa? Selepas itu, bila sebelah perempuan ini bertanya, dia pula (pengantin lelaki) boleh pula memaki hamun mak ayah pengantin perempuan. Tak ke kurang ajar?

“Imam masjid pun cakap, puncanya sebab dia (pengantin lelaki) yang bercakap kurang ajar terlebih dahulu. Dia yang ajak bergaduh dulu. Takkanlah sebelah perempuan nak tengok sahaja kan?”
kata sumber.

facebook.com

Sudah. Mana satu yang betul ni?

Image via giphy.com

28 MAC, 1.50PM: Bila baca pada tajuk, rasa macam tak percaya zaman sekarang pun ada lagi kes orang bergaduh hanya kerana wang hantaran

Facepalm.

Image via giphy.com

Sepahit mana pun untuk kita terima, itulah apa yang terjadi di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam pada Sabtu lepas

Lokasi kejadian.

Image via masjidalkhadijiah.blogspot.my

Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

kosmo.com.my

Yang menjadi masalahnya ialah, pihak pengantin lelaki sebelum ini sudah pun bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM15,000 tersebut ketika mereka datang merisik pada Januari lalu

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

“Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” kata sumber.

kosmo.com.my

Rakaman video menunjukkan pengantin perempuan menarik tudung salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.

Image via Kosmo Online/Facebook

Lebih menyedihkan, pengantin lelaki itu hanya bekerja sebagai seorang pak guard dengan gaji bulanan sebanyak RM1,500 sahaja. Malah pasangan ini telah pun bercinta selama 3 tahun.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

kosmo.com.my

Menurut sumber, pengantin lelaki sudah pun selesaikan bayaran RM10,000. Namun pihak pengantin perempuan tidak mahu meneruskan upacara akad nikah selagi baki RM5,000 belum dilangsaikan.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pe­ngantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

kosmo.com.my

Selepas itu, perang pun bermula! Keadaan bertukar kecoh dengan aksi maki hamun dan caci maki antara ahli keluarga kedua-dua pengantin. LIHAT SINI:

gaduh kawin

[Video] Rakaman ketika kejadian dua keluarga pengantin bergaduh di dalam masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin. Imej telah dikaburkan. http://ow.ly/3zrXJZ

Posted by Kosmo Online on Sunday, March 27, 2016

"Bodoh nak mampus. Ape lah. Memalukan. Bodoh," komen seorang netizen. Rata-rata pengguna laman sosial mengutuk perbuatan keji membatalkan perkahwinan semata-mata kerana wang hantaran.

Apa pendapat anda?

Macam-macam dugaan datang bila nak kahwin kan?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

More stories to read: