seismik

Isu Pernikahan Tidak Sah, Pengarah JAIS Terangkan Kronologi Sebenar

Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu.

Cover image via SAYS

Isu pernikahan pasangan kontroversi, penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa diibaratkan tiada penghujung selepas satu demi satu isu dibangkitkan oleh pasangan itu sejak 2 minggu lalu

Image via pinimg.com

Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini, pasangan ini membuat keputusan untuk bubar nikah.

Permohonan pembubaran nikah telah dibuat oleh Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin lalu didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Bagaimanapun, menurut laporan BH Online semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata pernikahan tersebut adalah sah

Jadi bagaimanakah isu ini boleh timbul?

Beliau berkata isu itu bagaimanapun timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.

"Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu," katanya.

bharian.com.my
Image via TV14

"Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

"Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," katanya lagi.

bharian.com.my

Menurut beliau lagi, mungkin mendapat nasihat daripada pejabat agama di Songkhla, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu

"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu," katanya sambil menambah jika Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Image via utaranews.com

Namun Haris akui, sekiranya mengikut prosedur, dalam situasi ini surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik.

Lega dengan keterangan pengarah JAIS, Joy Revfa semalam telah memuat naik gambar di akaun Instagramnya dengan caption panjang yang menceritakan apa yang berlaku

Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt.. Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan & digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yg lalu..
.
Selama ini saya bertahan.. Saya tak salahkan keluarga krn wajar keluarga saya bersuara & turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan & mendengar tangisan saya selama ini..
.
Tolong hentikan hinaan & cacian anda terhadap saya bahwa saya masih lagi isteri org apabila berkahwin dgn dia... Kepada yg menghina saya pelacur & anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan... dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yg selalu saya impikan..
.
.
Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yg salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan & maruah sebagai seorang wanita.
.
[ Utk Pengetahuan Semua ]
.
Jika anda mengatakan saya yg terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yg terlebih dahulu mengaibkan saya pd media.
.
Artikal awal yg membuat netizen terbau ttg pergolakkan kisah kami :
.
4 July 2017
- Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia ttg gambar billboard saya yg terlihat agak seksi, dia sendiri memberitahu pd media yang saya telah "block" account IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak block IG dia.. Lalu media telah sebarkan berita itu yg keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudah lah sedih diabaikan & kena kecam pulak dahh..!) Bukan kah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya & bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. allah.
.
10 Ogos 2017
- Dia telah memadam semua gambar saya dari acc instagram nya. Ini membuat ramai yg membuat andaian negatif & blogger2 mula menulis tentang kontroversi & pergolakan ini
.
Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia.. Saya yg sentiasa percaya dengan Qada' & Qadar .. kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt.. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti... #allahmahamengetahui

instagram.com

Isu pernikahan mereka ini juga mendapat perhatian daripada Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin

Seperti yang dilaporkan mStar semalam, beliau berkata, mengambil tindakan apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," ujarnya.

Image via azhan.co

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hangat sebelum ini:

You may be interested in: