Penyamun Bijak Minta Mangsa Matikan iCloud Dan Sembur ‘Perfume’ Sebelum Mencuri
Mereka sekeluarga diikat.
Cover image via SAYSDua hari lalu, satu kejadian samun telah berlaku di Taman Gau Makmur, Temerloh yang mana tiga penyamun memecah masuk rumah mangsa meminta mangsa mematikan fungsi aplikasi iCloud pada telefon pintar iPhone yang dicuri sebelum melarikan diri
Mangsa, **Rahizah Ramli, 51,** berkata, dia terjaga dari tidur pada kira-kira jam 3.30 pagi dan sambung semula tidur di ruang tamu tetapi mukanya ditekup secara tiba-tiba dan tiga lelaki bertopeng menyuruhnya diam sambil mengacukan parang di leher.
Nur Azmina menunjukkan kesan umpil pada jeriji besi dan pintu dapur rumah ibu bapanya.
Image via www.sinarharian.com
Suspek yang dipercayai warganegara Indonesia itu meminta mangsa memberikan mereka pewangi badan yang dipercayai digunakan untuk menghilangkan jejak mereka
Suspek dilaporkan memecah masuk rumah mangsa melalui pintu dapur dan melarikan wang tunai sehingga RM800 serta barangan kemas bernilai RM20,000.
Manakala anak mangsa **Nur Azmina Jamaluddin Alias, 22,** memberitahu bahawa dia langsung tidak menyedari kehadiran ketiga-tiga perompak itu sehingga mereka masuk ke biliknya.
Berdasarkan permintaan itu, suspek dikatakan mempunyai kemahiran kerana meminta mangsa mematikan aplikasi iCloud supaya mengelakkan diri daripada dijejak oleh pihak polis dengan mudah.

