Kejam! Kaki Nenek Tua Putus Ditetak Remaja ‘Mat Gian’ Hanya Kerana Enggan Beri Wang
Kejamnya manusia.
Cover image via Nad Mokhtar/FacebookKejam dan tak berhati perut, itulah yang berlaku kepada seorang wanita warga emas apabila pergelangan kaki kirinya putus akibat ditetak remaja lelaki yang cuba menceroboh rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Pasir Mas, Kelantan
Mangsa, **Mek Som Mat Diah, 89,** dikatakan sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.
Mek Som turut cedera di bahagian muka selepas ditumbuk remaja berusia 19 tahun berkenaan yang juga merupakan jiran sekampung dan seorang penagih dadah.
Image via SAYS
Difahamkan suspek menceroboh rumahnya dan meminta wang. Bagaimanapun, suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.
Menurut jiran mangsa, Azlan Harun, 40, ketika kejadian, dia sedang memarut kelapa sebelum didatangi kakaknya Nor Azita, 46, yang terdengar bunyi tangisan kuat dari arah rumah warga emas tersebut.
Dia kemudiannya terus bergegas ke rumah tersebut untuk melihat keadaan mangsa.
Image via Nad Mokhtar/Facebook
Azlan memberitahu, suspek berjaya ditangkap setelah dikepung olehnya bersama penduduk kampung yang lain dan mangsa telah dihantar ke hospital oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya
**Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad** ketika dihubungi berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan.

