Lelaki Ini Beruntung Menjadi Tetamu Allah Sebanyak Dua Kali Walau Tidak Pernah Daftar Haji
Alangkah indahnya menjadi tetamu Allah s.w.t.
Cover image via Mohd Syafie/FacebookMenunaikan ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima. Setiap umat Islam pasti mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah satu hari nanti.
Dan kebiasaan buat rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji, mereka akan berdaftar dengan Tabung Haji terlebih dahulu dan terpaksa menunggu giliran yang mungkin memakan masa beberapa tahun lamanya. Tetapi kata orang kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan.
Image via cendikia.sch.id
Itulah yang terjadi kepada saudara yang bernama Mohd Syafie ini. Beliau menjadi tetamu Allah lebih awal walaupun tidak pernah berdaftar haji dengan pihak Tabung Haji. Mari kita dengarkan kisahnya:
Image via Mohd Syafie/Facebook
Antara banyak-banyak hajat yang dibuat, salah satunya adalah menunaikan haji bersama isterinya satu hari nanti. Walaupun pada waktu itu beliau masih bujang dan masih tidak mengetahui siapakah yang bakal menjadi permaisuri hatinya.
Sewaktu menjalankan tawaf Wida' beliau tidak lagi mampu menahan perasaannya lalu air matanya tumpah. Beliau teringat kembali hajat yang dibuat olehnya 4 tahun lalu iaitu menyelesaikan rukun Islam kelima bersama isteri seawal mungkin.
Image via Mohd Syafie/Facebook
Ramai yang kata, siapa beliau hari ini faktor besarnya adalah cara didikan ibu bapanya. Dalam ketegasan, mereka mendidik penuh dengan kasih sayang.
Ada tiga point yang beliau ingin sampaikan:
Image via Mohd Syafie/Facebook

