Cari Jodoh Dan 9 Lagi Perkara Wajib Anda Buat Sewaktu Menuntut Di Universiti
Wajib, penting, perlu dan seangkatan dengannya!
Cover image via Zaidi Aziz/FacebookZaman kolej atau universiti adalah antara zaman yang penuh dengan seribu satu kenangan. Pelbagai memori yang kita lakarkan sewaktu berada di dalam zaman tersebut.
Bahkan hari demi hari, kita semestinya belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Sebagai seorang pelajar, tentunya matlamat yang ingin dicapai adalah berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kedua-dua orang tua kita.
Namun, perjalanan bertemu kejayaan ini sepatutnya diisi dengan perkara dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dikenangkan sesudah tamat belajar nanti. Ingat, kehidupan sebagai seorang yang bergelar *student* seharusnya memberi pengalaman terbaik sepanjang kehidupan anda.
Image via Hadi Ab Manap/Facebook
Bagi kami, inilah perkara-perkara yang wajib anda lakukan ketika masih bergelar pelajar. Percayalah, pengalaman ini memang tiada galang gantinya:
1. Berkawan dengan semua penghuni kolej kediaman
Setiap individu yang memasuki universiti dan kolej pastinya diberikan kolej kediaman pada semester pertama. Waktu inilah anda akan berkenalan dengan ramai jenis manusia yang datangnya dari segenap negeri di Malaysia.
Apa yang perlu anda lakukan? Berkawanlah dengan semua orang. Percayalah, setiap perkenalan ini sangat berguna untuk anda pada ketika itu dan pada masa akan datang. Jangan jadi kera sumbang, berpuak-puak dan hanya berkawan dengan rakan sebilik sahaja. Kalau boleh lakukan aktiviti riadah bersama setiap petang dan ambil masa berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Dan mungkin satu hari nanti orang-orang inilah akan menjadi *connection* yang membuka peluang kerjaya untuk anda.
Image via kokurikulum.unimap.edu.my
2. Join kelab & persatuan
Perasaan bosan pasti datang sekiranya anda hanya pergi dan balik ke kelas semata-mata. Lakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mungkin tidak pernah anda bayangkan. Di waktu inilah anda sepatutnya mengasah *soft skills* dan bakat yang ada.
*Join* kelab dan persatuan yang sesuai dengan minat anda. Tapi ingat, tak salah untuk cuba berada di dalam kelompok yang baru. Banyak kelab yang boleh anda sertai salah satunya kelab seni teater. Dalam teater, anda bebas menjadi sesiapa di atas pentas. Sebab itu ada yang mengatakan **"teater memanusiakan manusia"**.
Image via Instagram @aksesofficial
3. Stay up sampai pagi
Pelbagai benda anda boleh buat bila *stay up* sampai pagi. Rasailah pengalaman *stay up* sampai pagi dengan kawan-kawan sewaktu menuntut di universiti. Perkara ini mungkin sering terjadi sewaktu menyiapkan projek menjelangnya tahun akhir pengajian. *Yes,* ini semua angkara FYP (final year project). Kadang-kadang situasi ini boleh terjadi ketika *assignment* berlambak dan menjelangnya waktu *final exam*.
Mungkin mereka yang sedang mengalaminya, berasa tertekan dan merungut dengan situasi ini. Tetapi percayalah, detik-detik yang anda lalui pada waktu itu pasti akan dirindui. Suasana ceria, marah, mengantuk, *pressure* dan sebagainya ini akan mendewasakan anda kelak.
Image via mediapermata.com.bn
4. Lepak mamak sampai pagi
Image via Restoran Barra/Facebook
Agak berlainan sedikit, ini mungkin antara perkara lagha yang wajib setiap pelajar buat. Mamak dan *students* berpisah tiada. Lakukan aktiviti ini di hujung minggu dan cukuplah sebulan sekali. Sebenarnya waktu inilah anda boleh berbual panjang dengan kawan-kawan sambil berkongsi masalah-masalah kelas dan assignment yang tak berkesudahan.
Kadang-kadang kenalah juga *release tension* kan? Tak kan nak hadap buku je memanjang. Buat pelajar lelaki, ini mungkin perkara biasa. Yelah, bola pun selalunya memang awal pagi. Jadi secara tak langsung, aktiviti ni boleh merapatkan silaturahim bukan sahaja dengan kawan-kawan malah dengan mamak itu sendiri. Mana tahu, ada rezeki tak payah bayar. Hehe…
5. Truth or dare
Haaaa… *yes* permainan ini agak menggerunkan, tapi sebenarnya sangat menarik kalau anda cuba. Caranya adalah anda diberi pilihan untuk memilih sama ada *truth* atau *dare*. Sekiranya anda memilih true, anda perlu menjawab setiap soalan yang diberikan dengan jujur dan tidak boleh menipu.
Manakala, jika anda memilih *dare*, anda akan diminta melakukan sesuatu yang mungkin di luar jangkaan anda. Lebih *best* buat bulatan dan letakkan botol di tengah-tengah. Pusingkan botol dan orang yang duduk di depan arah penutup botol setelah berhenti adalah mangsanya. Cubalah, ia sangat menarik!
Image via uniqpost.com
6. Travel dengan kawan-kawan
Waktu cuti semester atau hujung minggu, ambil peluang untuk keluar bercuti dengan rakan-rakan. Kalau boleh buat *road trip* dengan hanya menggunakan sebuah kereta sahaja. Percayalah pengalaman *travel* ini pastinya merupakan antara memori terindah yang anda ada. Tak perlu *travel* jauh, dekat-dekat pun okay. Yelah, *students* ni bukan berduit sangat.
Image via Instagram @tsgkasijadi
7. Berkenal-kenalan sesama senior dan junior
Ya, jalinkan hubungan baik dengan senior. Sebagai junior, rajin-rajinlah tegur senior dan berbaik-baik dengan mereka. Tak rugi pun. Mana tahu kemudian hari, anda memerlukan pertolongan mereka. Jadi, sejak awal lagi anda sudah mula jalinkan hubungan baik bersama senior. *So,* bila dah baik senanglah nak *pau* buku rujukan, nota-nota penting dari mereka. Tak perlulah nak beli dan bersusah payah mencari nota lagi.
Begitu juga dengan senior, berbaik-baiklah dengan junior anda. Mana tahu salah seorang mereka itu adalah jodoh yang anda cari selama ini? Tapi pastikan yang berlainan jantina lah ya! Hehe…
Image via idiazzaidi.blogspot.my
8. Buat baju kelas
Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini. Tetapi percayalah, anda seharusnya memiliki baju kelas sendiri. Gunakan baju kelas tersebut sewaktu apa-apa aktiviti berkaitan kelas. Hasilkan satu *design* yang betul-betul kena dengan suasana kelas anda.
Tak perlu yang mahal-mahal. Yang murah pun dah okay. Anda akan mula sedar, betapa rindunya anda dengan drama-drama kelas dan rakan-rakan kelas anda setelah tamat pengajian nanti. Tetapi tak mengapa, *at least* anda semua masih menyimpan sehelai baju yang sama. =)
Image via www.mhprint.my
9. Join aktiviti CSR
Selain *join* kelab-kelab dalaman di universiti, anda juga disarankan untuk *join* aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat masyarakat. Anda bukan sahaja dapat mencari kenalan baru, malah dapat juga menyumbang tenaga dan beribadah dalam masa yang sama. *Seriously,* pengalaman ini pasti berbeza sekali.
Waktu ini jugalah anda dapat lebih mengenali erti kehidupan dan menanamkan sifat-sifat positif di dalam diri anda.
Image via Instagram @lanmohd
10. Cari jodoh
Haha mungkin anda terkejut dengan *point* terakhir ini, tetapi ini adalah antara perkara penting yang mesti anda lakukan. Memang benar jodoh itu rahsia Allah SWT tapi tak salah mencari sejak awal lagi. Ketahuilah waktu bekerja nanti, anda mungkin akan sibuk dengan aktiviti seharian yang sama. Anda akan berjumpa dengan orang yang sama dan melakukan aktiviti yang sama setiap hari.
Jadi, sewaktu di universiti, kumpul kenalan seramai mungkin dan berusaha cari jodoh anda! Tapi ingat, buat dengan cara yang betul ya. Selamat mencuba!
Image via Afifi Zakaria/Facebook

