seismik

Ramai Orang "Naik Gila" Dan Berminat Nak Beli Bantal Lipas Viral Ini. Tapi Kat Mana?

Boleh buat hadiah hari jadi kawan anda nanti!

Cover image via www.mheemeekhong.com

Sejak semalam, orang ramai tak berhenti bercakap mengenai bantal lipas ini selepas kami memuat naik gambarnya di Facebook

Saiznya yang besar dan rekaan bantalnya yang unik itu kelihatan seolah-olah dan tak ubah seperti seekor LIPAS GERGASI!

Selepas saja kami berkongsi gambar itu di laman Facebook kami, ternyata ia berjaya menarik perhatian netizen. Bayangkan, dalam masa 24 jam saja post tersebut telah mendapat hampir 23 ribu shares.

Image via SAYS FB

Orang ramai tak lepaskan peluang untuk tag rakan-rakan mereka. Ada juga yang berhajat nak jadikan sebagai hadiah hari jadi rakan mereka nanti. :P

Image via SAYS FB
Image via SAYS FB

Malah ada juga yang berasa geli dan terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Kelakar betul bila baca satu per satu komen dari orang ramai.

Image via SAYS FB

Jadi, kat sebenarnya ada jual bantal lipas ini?

Untuk pengetahuan anda, bantal lipas ini juga ada namanya sendiri iaitu 'Peter the Scoch'. Ia dijual secara online di Thailand dengan harga 890 Baht bersamaan RM112 setiap satu.

Menurut laman web thailand, mheemeekhong.com 'Peter the Cockcroach' merupakan sejenis haiwan yang sudah lama dikenali sejak zaman purba dinosaur

Sesuai juga untuk dijadikan perhiasan di ruang tamu.

Image via www.mheemeekhong.com

Menurut laman web itu lagi, oleh sebab sesungut dan kulitnya yang berkilat, Peter pastinya menjadi hadiah terbaik buat sesiapa sahaja.

Berminat mahu membelinya sebagai hadiah orang teristimewa? Layari www.mheemeekhong.com.

Hai!

Image via www.mheemeekhong.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal birthday, teringat pulak yang ini:

You may be interested in: