seismik

KKM Haramkan Rawatan Terapi Ozon, Dakwa Boleh Bawa Kematian

"Terapi ozon ini tak diiktiraf."

Cover image via Instagram

Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Image via sayangsabah.com

Bercakap kepada BERNAMA, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit.

“Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian,” tegasnya.

Image via Instagram

Selain itu, katanya, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mendaftarkan mesin terapi ozon mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

Image via Instagram

Justeru, katanya, semua pembuat, pengimport, dan pengedar mesin terapi ozon perlu menarik semula pengedaran atau penggunaan mesin tersebut dari pasaran selewat-lewatnya pada 1 Julai ini.

Dr Subramaniam berkata kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Pihak kementerian mendapati mesin ini kebanyakannya dipasang dalam negara manakala peralatan dalaman diimport dari luar negara," katanya lagi.

Penggunaan produk heparin (ubat untuk mencairkan darah) juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun dan Akta Jualan Dadah 1952 yang dikuatkuasakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF)

Image via Instagram

Katanya, tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap pusat penjagaan kesihatan berlesen atau berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang menawarkan rawatan terapi ozon.

"Kita dapat lihat mereka melakukan banyak kesalahan di bawah pelbagai akta. Jadi, saya nasihatkan rakyat Malaysia agar berhenti mendapatkan rawatan terapi ozon ini," katanya.

Justeru, Dr Subramaniam berkata semua agensi terlibat akan menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang manawarkan perkhidmatan itu.

Orang awam boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia di talian 03-2691 2171 atau faks ke 03-2691 2937 atau email ke [email protected]

Sebelum ini, isu rawatan terapi ozon tular di media sosial selepas beberapa artis terkenal tanah air mempromosikan kaedah rawatan itu yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit serta melambatkan penuaan.

Bagaimanapun, artis-artis terbabit kemudiannya menarik balik sokongan mereka terhadap terapi itu selepas ia tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

Image via Beautifulnara

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Vape pun haram jugak ya guys!

You may be interested in: