Sukakan Cheese? 15 Resipi ‘Finger Food’ Mudah Ini Khas Untuk Anda
Semuanya perfect untuk minum petang!
Cover image via My ResipiSukakan keju? Pelbagai jenis finger food, tidak kira yang savoury atau yang manis, boleh dibuat dengan perisa kegemaran anda ini!
Image via No Recipes
Dapatkan pelbagai jenis idea desserts dan snek berkeju yang sesuai dibuat untuk minum petang di sini:
1. Oreo Cheese Cupcakes
Image via My Resipi
Gandingan klasik Oreo dan cream cheese pasti membuatkan kek cawan bakar ini lesap daripada pinggan sebaik sahaja dihidang! 😉
Dapatkan resipi penuh Oreo Cheese Cupcakes di sini.
2. Kek Lapis Cheese
Image via My Resipi
Kek lapis Indonesian-style ini menggunakan adunan berkeju untuk memberikan perisa yang unik kepada manisan tradisional ini. Pekena dengan teh panas-panas, memang terangkat!
Dapatkan resipi penuh Kek Lapis Cheese di sini.
3. Biskut Cheddar
Image via My Resipi
Biskut yang tampak elegan ini sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah. Nak buat sebagai kuih raya pun boleh!
Dapatkan resipi penuh Biskut Cheddar di sini.
4. Bingka Berlauk
Image via MyResipi
Untuk resipi yang sedikit savoury, cuba bingka inti daging berempah ini. Sebelum dibakar hingga keemasan, bingka ini ditabur dengan keju Cheddar untuk memberikan sedikit extra flavour.
Dapatkan resipi Bingka Berlauk di sini.
5. Blueberry Cheese Tart
Image via My Resipi
Dengan keraknya yang rangup, diisi pula dengan keju berkrim dan perisa blueberry, resipi ini ternyata diminati ramai tidak kira yang tua atau yang muda.
Dapatkan resipi penuh Blueberry Cheese Tart di sini.
6. Caramel Cheese Pudding
Bancuhkan sedikit keju ke dalam adunan puding ini dan nikmati pencuci mulut yang terasa seakan-akan caramel cheesecake. Lain macam sedapnya!
Dapatkan resipi Caramel Cheese Pudding di sini.
Image via My Resipi
7. Frozen Cheese Cake
Anda tidak perlukan ketuhar untuk membuat kek simple ini. Bermula dengan lapisan oat dan biskut hancur, kek berinti keju dan krim ini hanya perlu disejukkan sebelum dihidang.
Dapatkan resipi penuh Frozen Cheese Cake di sini.
8. Serunding Cheese Roll
Image via My Resipi
Untuk membuat snek mudah ini, anda hanya perlu menggulung roti bersama serunding dan kepingan cheese dan kemudian goreng hingga keemasan. Salut roti dengan Nestum atau serbuk roti untuk dapatkan kulit yang garing.
Dapatkan resipi penuh Serunding Cheese Roll di sini.
9. Donat Keju Krim
Image via My Resipi
Donat gebu ini dihiasi frosting keju krim dan taburan sprinkles berwarna-warni. Anak-anak pasti suka!
Dapatkan resipi penuh Donat Keju Krim di sini.
10. Cream Cheese Chocolate Chip Cookies
Sukakan Chocolate Chip Cookies? Sekali dah cuba versi yang lemak berkrim ini, mesti nak lagi!
Dapatkan resipi penuh Cream Cheese Chocolate Chip Cookies di sini.
11. Kek Coklat Keju Koktel
Kek coklat dihiasi frosting krim keju dan buah koktel berwarna-warni ini mudah dibuat dan sesuai dihidangkan untuk sesi minum petang bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dapatkan resipi penuh Kek Coklat Keju Koktel di sini.
Image via My Resipi
12. Puding Roti Cheese
Image via My Resipi
Resipi puding roti kukus ini ditabur dengan kepingan cheese untuk memberikan sedikit rasa lemak. Anda boleh juga tabur kekacang dan kismis untuk menyedapkan lagi hidangan simple ini.
Dapatkan resipi penuh Puding Roti Cheese di sini.
13. Cheesecake Biskut
Image via My Resipi
Resipi no-bake ini menggunakan 5 bahan sahaja dan hanya perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang. Simple dan sedap!
Dapatkan resipi penuh Cheesecake Biskut di sini.
14. Agar-Agar Cheese
Image via My Resipi
Resipi agar-agar menarik ini dibuat dengan lapisan biskut keju yang disusun antara adunan agar-agar berkrim. Dessert ini enak dimakan dingin. =)
Dapatkan resipi penuh Agar-Agar Cheese di sini.
