Mengidam Nasi Goreng Tom Yam? Cuba Resipi 10-Minit Ini!
Jauh lebih sedap daripada makan dekat kedai ;)
Siapalah orang pertama yang terfikir untuk transform tom yam menjadi nasi goreng agaknya? Memang genius orangnya!
Perisa tom yam tu pun dah cukup sedap, ditambah pula dengan udang yang segar dan juicy, dan daun limau purut dengan aromanya yang menawan. Nak lagi sedap, perah sedikit limau dan tabur bawang goreng; memang mengancam!
Terus lapar? Jangan risau, ikuti resipi ni! 10 minit dah siap:
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih
- ½ biji bawang besar, dicincang kasar
- 4 ulas bawang putih, dicincang kasar
- 1 batang serai, dihiris
- 1 biji cili merah, dihiris
- 2 sudu besar pes tom yam Life
- 1 sudu besar kicap masin Life
- 1 sudu besar sos tiram Life
- 1 sudu besar sos ikan
- Udang
- Crab stick
- Sayur campur
- Garam
- Lada putih
- Daun limau purut
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, serai, dan cili merah.
2. Masukkan pes tom yam, kicap masin, dan sos tiram; tumis.
3. Masukkan udang dan crab stick dan gaul hingga masak.
4. Masukkan sayur campur; gaul.
5. Kuatkan api; masukkan nasi dan gaul hingga rata dan sedikit kering.
6. Masukkan garam dan lada; gaul.
7. Masukkan sos ikan dan daun limau purut; gaul dan tutup api.
8. Hidang panas-panas dengan limau dan bawang goreng.
Inilah secret ingredient untuk sedapkan lagi nasi goreng ini: Pes Tom Yam Life!
Pasti ramai yang kenal jenama Life dengan sos cili Thai yang selalunya disediakan di KFC kan? Sebenarnya banyak lagi produk menarik yang dikeluarkan oleh jenama Life, termasuklah pes tom yam ini yang ramuannya termasuk bawang merah, serai, lengkuas, dan bunga kantan!
Selain itu, resipi ini juga menggunakan sos tiram Life dan salah satu keluaran terbaru jenama ini iaitu kicap masin Life. Untuk ketahui rangkaian produk Life dengan lebih lanjut, klik sini.
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!