Jarang Dengar Orang Buat Sup Brokoli? Lepas Dah Cuba Sup Berkrim Ini, ‘Confirm’ Nak Lagi!
Inilah trick paling senang untuk makan lebih banyak sayuran 😉
Cover image via SAYSDaripada bawang yang ditumis dengan mentega kepada brokoli segar yang diserikan dengan herba thyme, gabungan pelbagai rasa menjadikan Sup Brokoli ini begitu sedap dan unik!
Image via SAYS
Yang tak gemar makan sayur pun akan berubah fikiran bila cuba sup berkrim ini! Tak percaya? Cuba resipi ini:
**Bahan-bahan:**
– 2 sudu besar mentega
– 1 biji bawang kuning
– 2 ulas bawang putih
– ½ cawan lobak merah
– 2 cawan brokoli
– 1 sudu kecil thyme
– 1 sudu besar tepung gandum
– 3 cawan stok ayam
– 1 cawan *cooking cream*
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil lada hitam
**Cara-cara:**
1. Panaskan mentega hingga cair.
2. Masukkan bawang kuning dan bawang putih; tumis.
3. Masukkan lobak merah dan brokoli, masak hingga sedikit lembut.
4. Masukkan tepung gandum dan thyme; kacau.
5. Masukkan stok ayam dan biar reneh selama 10 minit.
6. *Blend* hingga halus.
7. Masukkan *cooking cream*, garam, dan lada hitam; kacau.
8. Hidang!
Tip: Kalau tiada hand-blender, guna blender biasa pun boleh 😉
Image via SAYS
Undi untuk resipi sup favourite anda!
Nak resipi Mushroom Soup? Klik **[sini](http://says.com/my/seismik/resipi-mushroom-soup)**.
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS
