Sanggup Bunuh Peniaga Gerai Sebelah, Hanya Sebab Kuih Tak Laku
Kuih pun boleh jadi isu?
Cover image via hmetro.com.myDunia semakin kejam. Hanya disebabkan cemburu, seorang peniaga kuih warga asing 31 tahun telah dibunuh dan ditemui mati d dalam longkang di Seksyen 27, Shah Alam.
Mangsa dipercayai dibunuh dengan tukul dan mayatnya dikerat sebelum dibalut dengan plastik dan dicampakkan di lokasi berkenaan.
Dia dibunuh oleh rakan senegaranya yang didakwa cemburu dengan mangsa kerana jualan kuih mangsa lebih laku berbandingnya.
Image via Harian Metro
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dan suspek menjual kuih tidak jauh antara satu sama lain di bawah majikan yang berbeza
Tambah Syafien lagi, mangsa dibunuh di sebuah rumah di Flat Taman Megah, Seksyen 27 pada Khamis kira-kira 12 tengah hari dan dicampakkan ke longkang terbabit pada 1 tengah hari dengan menaiki sebuah kereta.
Kedua-dua suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: [Harian Metro](https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/266773/nak-jual-kuih-sampai-membunuh-metrotv)

