“Saya Doa Agar Tuhan Jauhkan Riak Dari Hati Kita Semua. Termasuk Kamu, Aliff Syukri”

"So, no, it's not a marketing stunt anymore. Ini kelakuan jelik kamu yang memualkan." – Khairulnizam Bakeri

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Sebut saja 'Abang Terlajak Laris' pasti sudah ramai mengenali usahawan terkenal yang bernama Dato' Aliff Syukri ini

Mana taknya, setiap iklan produknya di TV pasti lain daripada lain. Berjogetlah, hentak kaki lah dan macam-macam lagi. Malah, karakternya yang kelihatan lincah di hadapan kamera pasti membuatkan sesiapa saja akan perasan dengan kehadirannya di kaca TV.

Beliau juga seorang yang aktif di media sosial dan beliau seringkali memuat naik gambar dan video bagi berkongsi dengan orang ramai akan aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut.

Image via www.tv14.my

Namun, baru-baru ini beliau telah dikritik hebat oleh orang ramai hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik beliau di laman Instagram miliknya. Katanya seolah-olah beliau tidak bersyukur dan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Kenapa?

Sejurus sahaja memuat naik gambar tersebut, beliau terus dikecam pengikut-pengikutnya di Instagram sehinggalah ke hari ini. Beliau dikatakan riak dan tak reti bersyukur dengan apa yang ada.

Juga terkesan dengan post tersebut, seorang pengguna Facebook, Khairulnizam Bakeri telah membuat teguran terhadap Dato' Aliff Syukri secara terbuka. Katanya post tersebut dilihat seperti satu penghinaan yang tidak wajar dilakukan.

Jadi apa pendapat anda? Adakah tindakan yang dilakukan oleh Dato' Aliff Syukri itu memang salah? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini beliau pernah dikecam kerana didakwa jatuhkan maruah dan buka aib peniaga berkopiah:

Panas sebelum ini: