8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'Halal Speed Dating' Pertama Malaysia
'Halal Speed Dating' adalah satu platform mencari jodoh yang menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan pasangan dengan cara terhormat.
1. Diasaskan oleh tiga sahabat - Syed Azmi Alhabshi, Norhayati Ismail dan Zuhri Yuhyi
Mereka membuat keputusan untuk mewujudkan satu platform mencari jodoh berlandaskan Sunnah yang dipanggil 'Halal Speed Dating'.
Lebih menarik, Norhayati, 40, bertemu dengan suaminya scara dalam talian dan berkahwin dengan beliau dua bulan selepas berkenalan, manakala Zuhri berusia 34 tahun turut menemui isterinya melalui satu platform mencari jodoh. Syed Azmi, 38, yang masih bujang sangat menyokong ke arah idea mencari jodoh dalam talian ini.
2. Diadakan pada 9 Mei 2015 bertempat di Talent Lounge di Damansara Perdana, Petaling Jaya
3. Peserta wanita yang hadir adalah 3 kali ganda lebih ramai berbanding peserta lelaki
Acara ini merekodkan kehadiran 60 peserta wanita dan 20 calon lelaki, termasuk seorang bukan Islam yang mengambil bahagian.
4. Kesemua peserta digalakkan membawa pengiring sama ada wali, mahram atau rakan sejantina yang boleh dipercayai
"Amat digalakkan bagi kedua-dua lelaki dan wanita membawa pengiring ke acara ini. Kami mempunyai barisan penyelia pada majlis ini untuk memantau tingkah laku yang baik antara calon. Membawa bersama pengiring juga akan memberi manfaat kepada anda kerana mereka boleh memberi anda nasihat dan membantu anda dengan Istiqarah anda."
"Dalam sebarang kes, kami menasihatkan agar anda memaklumkan kepada wali anda bahawa anda telah mendaftar untuk menghadiri acara 'Halal Speed Dating' untuk mencari pasangan yang berpotensi," kata sumber.
5. Tidak semua yang hadir ingin mencari pasangan hidup. Ada yang mencari isteri kedua, ada yang sanggup menjadi isteri kedua kepada seseorang, dan ada juga yang mencari isteri kedua untuk suami mereka!
Syed Azmi Alhabshi berkata sebelum acara itu, mereka telahpun menerima permintaan daripada suami untuk mencari isteri kedua, manakala sesetengah wanita berkata mereka bersedia untuk menjadi isteri kedua. Terdapat juga isteri-isteri yang mahu mencari isteri kedua untuk suami mereka.
"Mereka mempunyai sebab mereka sendiri untuk hadir, kami hanya bertindak sebagai pemudah cara untuk mereka," katanya.
6. Bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai proses perkenalan yang dihormati dan berlandaskan hukum syarak, serta berkongsi beberapa nasihat tentang perkahwinan
"Matlamatnya adalah untuk orang berkahwin, tidak ada tipu muslihat dan tidak ada proses berpacaran atau 'dating' bersama bukan mahram. Tujuannya adalah untuk mengkahwinkan mereka dengan cara yang bermaruah."
"Acara ini terbuka kepada semua orang dan ia adalah satu jalan yang baik dan selamat untuk peserta mencari bakal pasangan mereka."
"Mereka yang ingin memulakan proses berkahwin tetapi takut boleh datang ke sini dan kami akan membantu mereka. Kami mahu para peserta untuk datang dan berada di dalam persekitaran yang selamat supaya mereka dapat mengenali orang lain dengan tenang," kata Zuhri Zuhyi.
7. Pihak 'Halal Speed Dating' tidak akan menyiarkan mana-mana gambar calon yang hadir
"Kami percaya amanah merupakan mata wang yang paling penting. Profil anda dijamin selamat daripada pihak luar," kata sumber.