Sekolah Di Negeri Sembilan Ini Buat Pilihan Raya Mini Untuk Undi Cikgu. Comel Sangat!

Kanak-kanak ni kalau nak ajar kena mula dari awal.

  • Murid-murid ini mungkin terlalu muda untuk mengundi dalam PRU14 yang lalu, tetapi itu tidak boleh menjadi penghalang untuk mereka belajar apa itu demokrasi!

    • Murid-murid di SK Felda Pasoh 2 di Negeri Sembilan baru-baru ini telah mengadakan satu sesi membuang undi apabila guru mereka menubuhkan stesen-stesen mengundi untuk mengundi calon 'kegemaran mereka'. 

      Perkara ini telah dimuatnaik ke akaun Facebook salah seorang guru di sekolah terbabit.

  • "Calon-calon" yang bertanding dalam pilihan raya itu sebenarnya adalah guru-guru di sekolah itu sendiri, di mana murid-murid ini diberi kuasa menentukan penerima-penerima anugerah sempena Hari Guru peringkat sekolah tahun ini

  • Siap ada stesen mengundi!

  • Bukan itu sahaja, jari murid-murid turut dicelup dengan "dakwat kekal" apabila ingin membuang undi

  • Menurut laporan Sinar Harian, seramai 183 murid di sekolah itu terlibat dalam pilihan raya 'mini' tersebut

    • Guru besar sekolah itu, Puan Mazda Ujang berkata, "Proses membuang undi ini dilaksanakan selama 1 jam 20 minit iaitu bermula jam 9.40 pagi hingga 11 pagi.

      "Idea itu dicetus oleh Kelab Guru dan kakitangan sekolah, tidak lain untuk memeriahkan sambutan Hari Guru."

      Beliau mengatakan bahawa pendedahan pengalaman mengundi seperti ini boleh mendidik murid-murid sekolah tentang hak dan demokrasi dalam memilih.

  • Satu inisiatif yang harus diberi pujian. Tahniah guru-guru dan murid-murid SK Felda Pasoh 2! :)

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Sekolah rendah zaman sekarang siap ada prom night kat hotel 5 bintang!

Most-read stories today

Leave a comment