Apa Benda ‘Fidget Hand Spinner’ Ni? Makin Ramai Pula Yang Terjebak Dan Terus Jadi Trend
Fuyoh macam BEST je!
Cover image via WtopKalau dulu ada permainan bottle flipping, kini muncul pula permainan baru yang dikenali dengan nama fidget hand spinner
Image via Shek Wong/Pinterest
**Apakah permainan terbaru ini?**
Memperkenalkan *fidget hand spinner*, sebuah gajet terbaru yang mempunyai dua atau tiga cip bulatan di sekitarnya dan sebuah pad di tengah-tengahnya untuk meletakkan jari anda. Gajet ini hanyalah sebuah alat permainan yang kecil dari tapak tangan anda. *Spinner* ini juga datang dalam pelbagai jenis bentuk logam seperti besi tembaga, besi keluli dan banyak lagi. Dikatakan, lebih berat jenis besi yang digunakan lebih lama ia boleh berputar.
Image via FrankenSleeve/Youtube
**Bagaimana ingin menggunakannya?**
Hanya dengan satu putaran sahaja. Anda hanya perlu meletakkan ibu jari anda di atas pad itu dan memutarkannya menggunakan jari telunjuk anda.
Menurut kajian, permainan ini berfungsi untuk melegakan stress
Memetik laporan [Forbes](https://www.forbes.com/sites/jplafke/2016/12/23/fidget-spinners-are-the-must-have-office-toy-for-2017/#2177aa3518a4), gajet ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan *stress*. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat. Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.
Selain itu, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon sepanjang masa.
Image via Dorkly
Bukan itu sahaja, malah permainan ini juga direka khas buat kanak-kanak istimewa
*Fidget* ini juga terkenal dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang menghidap penyakit istimewa seperti ADHD, ASD dan Autistik. Ini kerana alat permainan juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan memberikan terapi kepada kanak-kanak istimewa ini.
Di Amerika Syarikat, kebanyakan sekolah di sana telah mengharamkan penggunaan alat permainan ini dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah percaya bahawa alat permainan ini telah menganggu konsentrasi pelajar sewaktu berada di dalam kelas.
Image via Wtop
Jadi dimanakah anda boleh mendapatkan fidget hand spinner ini?
Jika anda tertanya dimana anda boleh dapatkan alat permainan ini? Jangan risau, kini gajet ini sudah pun berada di pasaran Malaysia. Dengan harga serendah RM8.00, anda boleh dapatkan di laman web online [11 sreet](http://www.11street.my/productdetail/hand-spinner-fidget-ceramic-ball-desk-focus-toy-36283286).
Image via 11 Street
