[VIDEO] Gadis Ini Terus Memeluk Islam Selepas Bertanya Satu Soalan Kepada Dr Zakir Naik
Alhamdulillah.. Hidayah itu milik Allah.
Cover image via terengganutimes.comSeorang gadis beragama Kristian telah memeluk agama Islam setelah mengajukan satu soalan dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di Padang Astaka Kemaman, Terengganu semalam
Gadis yang bernama Wu Nina Grace berasal dari Johor dan berbangsa Cina keturunan Filipina itu adalah seorang penuntut di sebuah kolej tempatan di negeri tersebut.
Image via terengganutimes.com
Gadis itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan lebih 40,000 hadirin yang hadir dan momen bertukar sedikit sebak
Segalanya bermula sewaktu *Q and A session* apabila gadis ini memberitahu bahawa dia menghafal dan sering membaca surah Al-Fatihah, Al-Kursi dan 3 Qul.
Gadis itu meneruskan soalan dengan bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?
Image via terengganutimes.com
Selepas soalan itu ditanya, Dr Zakir Naik serta-merta menjawab "tidak" dan kemudiannya bertanya kepada gadis tersebut beberapa soalan untuk lebih mengenalinya
**Dr. Zakir:** "Adakah kamu percaya bahawa hanya ada satu Tuhan?"
**Grace:** "Ya"
**Dr. Zakir:** "Adakah kamu percaya Jesus itu adalah Tuhan?"
**Grace:** "Tidak"
**Dr. Zakir:** "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?"
**Grace:** "Ya".
Image via terengganutimes.com
Selepas soalan itu ditanya, Dr Zakir Naik memberitahu jika itu yang dipercayai oleh gadis tersebut, baginya gadis itu sudah pun bergelar muslim
Kemudian, beliau mengajak gadis tersebut untuk mengucap 2 kalimah syahadah.
Para hadirin menjerit memberi sokongan supaya gadis tersebut melakukannya dan akhirnya Nina mengucap dua kalimah syahadah di hadapan hampir lebih 40 000 hadirin yang hadir.
Image via terengganutimes.com
Ucapan itu diakhiri dengan tepukan para hadirin sebagai tanda gembira terhadap keputusan yang diambil oleh Nina.
Sejurus perkara itu berlaku, dia dibawa oleh pihak Pejabat Agama dan pihak berkuasa ke belakang pentas supaya tidak diserbu orang ramai
Image via terengganutimes.com


