Selepas Nora Danish, Kami Jumpa 'Kembar' Emma Maembong Pula
Dari mata, hidung, senyuman, sampailah kepada warna kulit semua sama!
Perkenalkan, gadis ini bukan Emma Maembong, tetapi namanya Suffila Aida
Suffila Aida merupakan seorang model sambilan yang juga penuntut di UiTM Kedah dan memiliki wajah saling tak tumpah seperti Emma Maembong. Suffila dan Emma tiada pertalian darah langsung.
Ini barulah Emma Maembong, salah seorang pelakon comel di Malaysia, selain dari Nora Danish
Ya, kami pun sama seperti kamu, terkejut apabila melihat Instagram gadis bernama Suffila yang sebijik Emma Maembong ini
Malahan ketika membuat artikel ini, kami harus buat double check, ini gambar Emma Maembong ke Suffila Aida?
Dah rasa pening kan? Cuba kenal pasti yang mana satu Emma Maembong dan Suffila Aida dalam gambar di bawah: